Pengguna gagal pamer cukai jalan digital tidak dikenakan tindakan - PDRM

PDRM menegaskan bahawa tiada tindakan diambil ke atas pengguna jalan raya yang tidak mempamerkan cukai jalan dan lesen memandu digital. Gambar kecil: Mohd Nasri Omar
PDRM menegaskan bahawa tiada tindakan diambil ke atas pengguna jalan raya yang tidak mempamerkan cukai jalan dan lesen memandu digital. Gambar kecil: Mohd Nasri Omar
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan bahawa tiada tindakan diambil ke atas pengguna jalan raya yang tidak mempamerkan cukai jalan dan lesen memandu digital.

Perkara itu disahkan pemangku Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nasri Omar berhubung kekeliruan dan berlaku sedikit 'kekalutan' melibatkan perkara tersebut.

Beliau berkata, JSPT telah melaksanakan arahan kerajaan berkaitan cukai jalan dan lesen memandu digital seperti mana diumumkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook sebelum ini.

"Tiada tindakan diambil ke atas pengguna jalan raya yang tidak mempamerkan cukai jalan dan lesen memandu digital.

"Namun begitu, pengguna jalan raya disaran untuk menunjukkan kesahihan maklumat melalui aplikasi yang disediakan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkaitan kenderaan yang diperiksa.

"Ia bertujuan memastikan kesahihan dan keselamatan pemiliknya yang sah dan seterusnya mengesahkan ia juga bukan kenderaan hilang akibat kes kecurian," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Mohd Nasri berkata, JSPT mempunyai aplikasi yang menghubungkan data maklumat kenderaan dan lesen memandu diuruskan pihak JPJ.

Oleh yang demikian kata beliau, data kenderaan yang dipamerkan secara tangkap layar atau 'screen shot' oleh pemilik masih boleh diterima pakai oleh JSPT.

Artikel Berkaitan:

"Screen shot oleh pemilik masih boleh diterima pakai oleh JSPT bagi membuktikan kenderaan tersebut adalah miliknya," ujarnya.