236 lokasi strategik program JAM

A
A
A

Program JAM diadakan di kawasan kementerian atau agensi bermula jam 12 tengah hari hingga 2 petang.
Program JAM diadakan di kawasan kementerian atau agensi bermula jam 12 tengah hari hingga 2 petang.

SHAH ALAM - Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) komited membantu rakyat untuk mendapatkan bekalan makanan segar dengan meneruskan program Jualan Agro MADANI di 236 lokasi di seluruh negara.

Program Jualan Agro MADANI (JAM) diadakan di lokasi-lokasi strategik seperti di kompleks kerajaan, outlet peruncitan agensi KPKM, sekitar kawasan perumahan, Projek Perumahan Rakyat (PPR), kawasan bandar dan pinggir bandar.

Seorang pengguna melihat sayur-sayuran yang segar dijual di JAM.
Seorang pengguna melihat sayur-sayuran yang segar dijual di JAM.

KPKM dalam satu kenyataan berkata, program JAM akan bermula 1 hingga 14 November ini bermula jam 8 pagi sehingga 1 petang di lokasi awam manakala di perkarangan kementerian agensi-agensi kerajaan bermula jam 12 tengah hari hingga 2 petang.

“Program bermanfaat tersebut dianjurkan di lokasi terpilih di setiap negeri antaranya sebanyak tujuh lokasi di Perlis, 23 lokasi masing-masing di Kedah dan Pulau Pinang diikuti 17 lokasi di Perak, 18 lokasi di Pahang dan 27 lokasi di Johor,” kata KPKM dalam kenyataan itu.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Selain mengadakan jualan ayam segar, JAM turut diperluaskan di 14 lokasi di Negeri Sembilan, Melaka (18 lokasi), Terengganu (24 lokasi), Kelantan (11 lokasi), Selangor (20 lokasi) dan 24 lokasi masing-masing di Wilayah Persekutuan Labuan, Putrajaya dan Kuala Lumpur serta enam lokasi di Sabah dan empat lokasi di Sarawak.

Di samping membuka akses kepada rakyat mendapatkan bekalan makanan segar, JAM turut membantu para usahawan menjana pendapatan yang lumayan.

Seorang pengguna memilih bawang yang dijual dengan harga berpatutan sempena program JAM.
Seorang pengguna memilih bawang yang dijual dengan harga berpatutan sempena program JAM.

Tambah KPKM, berdasarkan laporan sebelum ini, JAM merekodkan jualan yang tinggi dengan penyertaan ramai para usahawan di setiap lokasi. Rekod tersebut membuktikan JAM berjaya mencapai matlamat yang disasarkan.

Malah, KPKM turut berhasrat untuk menganjurkan JAM di 5,000 lokasi menjelang tahun 2024.

30 peratus penjimatan

Meskipun program itu telah dilaksanakan beberapa bulan lepas, potensi jualan yang memberangsangkan membuktikan JAM menjadi pilihan dan tumpuan utama rakyat untuk membeli barangan makanan yang menawarkan penjimatan 10 hingga 30 peratus harga berbanding di pasaran biasa.

Program JAM turut melibatkan usahawan tempatan memasarkan hasil tanaman mereka.
Program JAM turut melibatkan usahawan tempatan memasarkan hasil tanaman mereka.

Menariknya, program JAM itu menjadi tumpuan sebagai pusat sehenti yang menjual barangan segar seperti sayur-sayuran, buah-buahan, ayam, ikan, daging, barangan runcit, barang kawalan dan keperluan produk asas terpilih.

Sementara itu, JAM turut disertai peserta Program Ladang Kontrak, Usahawan Bimbingan Kerajaan, Pengilang atau Pemproses Produk Agromakanan.

No Image Caption

Program JAM adalah penjenamaan semula Program Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) yang dilaksanakan oleh KPKM menerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di seluruh negara.

Ia dianjurkan bertujuan untuk membantu rakyat mendapatkan bekalan produk segar dengan mudah pada harga berpatutan kepada pengguna melalui pengurangan lapisan perantara pasaran.