Tekad duo Petronas MIE Racing Honda Team

Azroy Hakeem (kiri), Helmi dan jagoan Moto3 negara, Syarifuddin Azman ketika Sesi Beramah Mesra dan Bertemu Peminat Pelumba MotoGP pada Rabu. - Foto PETRONAS MOTORSPORTS
Azroy Hakeem (kiri), Helmi dan jagoan Moto3 negara, Syarifuddin Azman ketika Sesi Beramah Mesra dan Bertemu Peminat Pelumba MotoGP pada Rabu. - Foto PETRONAS MOTORSPORTS
A
A
A

DUA pelumba muda negara, Azroy Hakeem Anuar dan Helmi Azman tidak mahu dilabel sekadar 'pelengkap jadual' apabila tampil pada perlumbaan Grand Prix (GP) Malaysia minggu ini.

Sebaliknya, kedua-dua pelumba yang beraksi atas tiket wildcard bersama pasukan Petronas MIE Racing Honda Team dalam kelas Moto2 itu bertekad 'menggegar' Litar Antarabangsa Sepang.

“Berbanding Helmi, ini kali kedua saya bersaing (dalam Kejuaraan Motosikal Dunia). Jadi saya ada sedikit pengalaman yang dibawa pada perlumbaan musim lalu.

“Cuma untuk tahun ini, saya kena cepat menyesuaikan diri dengan jentera. Sebab dah lama tak bawa (tunggang), jadi saya perlu biasakan dengan motosikal.

“Saya juga berharap semuanya dipermudahkan dalam beberapa hari ini bermula sesi latihan, kelayakan sehinggalah perlumbaan sebenar nanti,” katanya kepada pemberita pada Khamis.

Pada masa sama, Azroy Hakeem berharap peminat sukan permotoran tanah air membanjiri Litar Antarabangsa Sepang bagi membakar semangat barisan pelumba negara.

“Saya tidak akan mengambil pendekatan berhati-hati walaupun jika terpaksa berlumba di litar basah. Ini peluang seumur hidup, jadi saya akan all out.

“Jika litar basah, saya akan cuba menempatkan diri dalam kelompok 10 terbaik. Saya harap harap hujan pada perlumbaan hujung minggu ini,” jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Helmi berkata, dia teruja dapat membuat penampilan sulung dalam kelas Moto2 di hadapan penyokong sendiri.

“Ketika ini, perasaan saya bercampur baur, antara teruja dan gementar. Tetapi memang saya sudah tidak sabar menunggang jentera Moto2.

“Saya akan berusaha mendapatkan keputusan yang baik bermula sesi latihan. Apapun saya akan cuba dapatkan keputusan positif di Sepang kali ini,” ujarnya.