Ammar Aiman sasar emas di Paralimpik Paris

Ammar Aiman bersama keratan akhbar yang disimpan memaparkan kejayaannya mencipta rekod Dan pulang emas untuk negara pada Sukan Para Asia Hangzhou.
Ammar Aiman bersama keratan akhbar yang disimpan memaparkan kejayaannya mencipta rekod Dan pulang emas untuk negara pada Sukan Para Asia Hangzhou.
A
A
A

ATLET para Muhammad Ammar Aiman Nor Azmi, 21, sanggup bertungkus lumus menjalani latihan dan berjauhan dengan keluarganya untuk mencapai impian menggenggam pingat emas di Sukan Paralimpik Paris 2024.

Selepas lima tahun, Ammar Aiman membuktikan segala usaha dan pengorbanan dilakukannya, berbaloi apabila berjaya memenangi pingat emas 400 meter (T20)(kecacatan intelektual) Sukan Para Asia di Hangzhou pada bulan lalu.

Lebih manis lagi, anak kelahiran Pontian ini turut berjaya memecahkan rekod temasya dan Asia dengan catatan masa 47.60 saat, sekali gus membolehkan dia menduduki tangga kelima dunia bagi acara 400 meter (T20) ketika ini.

Almari khas menyimpan pingat dan piala dimenangi Ammar Aiman di ruang tamu rumah di Pekan Nanas, Pontian.
Almari khas menyimpan pingat dan piala dimenangi Ammar Aiman di ruang tamu rumah di Pekan Nanas, Pontian.

Ketika ditemui di rumahnya di Taman Utama Pekan Nanas, Ammar Aiman mengakui cukup gembira kerana dapat kembali menemui keluarganya selepas menjalani sesi latihan panjang hampir tiga bulan.

Anak sulung daripada tiga beradik itu memberitahu hanya panggilan telefon menjadi penghubung untuk melepaskan kerinduan kepada ibu, Zainah Hamdan, 46, dan ayahnya Nor Azmi Nandang, 47, yang bekerja di sebuah kilang di Pekan Nanas.

"Syukur setelah berhempas pulas menjalani latihan setiap hari, saya diberikan pelepasan untuk pulang ke Pontian bertemu keluarga.

"Namun saya perlu kembali semula ke Kuala Lumpur pada 11 November depan bagi menghadapi Kejohanan Dunia Para di Kobe, Jepun dan Sukan Paralimpik Paris, tahun depan,” katanya.

Ammar Aiman menjadikan jaguh lompat jauh para negara, Datuk Abdul Latif Romly sebagai idolanya dalam mengejar impian menjadi atlet terbaik dunia.

Artikel Berkaitan:

Nurul Alyaa (kanan) menunjukkan pingat emas Sukan Sukan Para Asia Hangzhou dimenangi abangnya Ammar Aiman.
Nurul Alyaa (kanan) menunjukkan pingat emas Sukan Sukan Para Asia Hangzhou dimenangi abangnya Ammar Aiman.

"Saya pernah cakap hendak ke Olimpik, cikgu tidak percaya ketika itu. Ia menjadi pembakar semangat untuk saya terus berjaya.

"Saya dipilih ke Sekolah Sukan Negeri Johor Tun Hussein Onn Kluang dan banyak beraksi untuk Johor dalam acara olahraga sehingga dinobatkan sebagai Atlet Harapan Para Sukma XX Majlis Sukan Negeri (MSN) Johor tahun lalu," katanya.

Mengikut jejak langkah Ammar Aiman, dua adiknya, Nurul Aliah Maisarah, 19, dan Nurul Alyaa Afiqah, 13, turut aktif dalam sukan olahraga di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pekan Nanas.