UPNM bersedia berkolaborasi dengan Rasuah Busters

Mohd Zu Azhan merasmikan Bulan Integriti dan Kualiti Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di Dewan Bestari pada Khamis.
Mohd Zu Azhan merasmikan Bulan Integriti dan Kualiti Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di Dewan Bestari pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) akan memberi kerjasama penuh dengan Rasuah Busters untuk mengadakan program atau kempen kesedaran secara berterusan bagi memberi pendedahan berkaitan rasuah dan meningkatkan integriti dalam kalangan pelajar.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TNC HEPA) UPNM, Profesor Dr Mohd Zu Azhan Yahya berkata, kolaborasi itu boleh dilakukan dengan Unit Integriti serta Kelab Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR) di universiti berkenaan agar program tersebut dapat disebar dengan lebih meluas.

Mohd Zu Azhan (tengah) bergambar bersama peserta Bulan Integriti dan Kualiti Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di Dewan Bestari pada Khamis.
Mohd Zu Azhan (tengah) bergambar bersama peserta Bulan Integriti dan Kualiti Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di Dewan Bestari pada Khamis.

"Pihak kami amat mengalu-alukan sekiranya mereka (Rasuah Busters) ingin menganjurkan sebarang program berkaitan integriti di sini (UPNM) atau di mana-mana sahaja selain boleh mengumpulkan pelajar-pelajar ini.

"Bagaimanapun, saya mengharapkan penganjuran program ini bersesuaian dengan generasi muda masa kini supaya pelajar terbabit berasa seronok dan pada masa sama mesej tersebut dapat disampaikan dengan efektif.

"Baru-baru ini pun, Kelab AMAR johan dalam Pertandingan TikTok Kempen Kesedaran Antirasuah Peringkat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada 11 institusi pengajian tinggi (IPT) yang terlibat menunjukkan komitmen penuh mereka kerana buat apa yang disukai," katanya.

Artikel Berkaitan:

Reruai Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah Malaysia (AMAR) UPNM di Dewan Bestari.
Reruai Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah Malaysia (AMAR) UPNM di Dewan Bestari.

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian Bulan Integriti dan Kualiti UPNM di Dewan Bestari dekat sini pada Khamis.

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Dr Azizi Miskon serta Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Projek dan Perancangan Strategi, Profesor Dr Hasan Al-Banna Mohamed.

Tambah Mohd Zu Azhan, lukisan doodle yang turut dipamerkan Rasuah Busters di reruai adalah tindakan yang wajar diberikan pujian.

"Saya rasa ini sangat bagus sebab kepelbagaian cara untuk menyampaikan mesej selain memberi penghayatan sendiri kepada setiap orang yang melihat hasil lukisan tersebut dan bukan hanya tertumpu kepada ceramah semata-mata," ujarnya.

Tetamu kehormat melawat reruai Rasuah Busters.
Tetamu kehormat melawat reruai Rasuah Busters.

Menurut Mohd Zu Azhan, nilai-nilai murni dan integriti penting untuk diterapkan kepada pelajar di universiti berkenaan secara berkala bagi melahirkan graduan yang berdisiplin serta sebagai persediaan mereka menghadapi alam pekerjaan.

"Keutamaan kami adalah pertahanan dan keselamatan. Jadi, penerapan nilai serta integriti dalam kalangan pelajar perlu dilaksanakan berterusan kerana ia merupakan dalaman yang perlu dibentuk.

Tetamu kehormat bergambar bersama di reruai Rasuah Busters.
Tetamu kehormat bergambar bersama di reruai Rasuah Busters.

"Pada peringkat pelajar iaitu tahun satu sudah ada modul Kesatria Al-Fateh yang melatih nilai insan budiman supaya mereka beretika dan menguatkan nilai murni dalam diri.

"Selain pembelajaran modul di dalam kelas ini, penerapan melalui aktiviti luar juga perlu dilaksanakan," jelasnya.

Peserta menjawab kuiz di reruai Rasuah Busters.
Peserta menjawab kuiz di reruai Rasuah Busters.