Terengganu benam Stallion Laguna

Norde (kanan) menjadi wira TFC dengan gol kemenangan pada penghujung perlawanan. FOTO: FB AFC CUP
Norde (kanan) menjadi wira TFC dengan gol kemenangan pada penghujung perlawanan. FOTO: FB AFC CUP
A
A
A

TERENGGANU FC (TFC) terus memperagakan aksi cemerlang dalam saingan Piala AFC apabila menundukkan Stallion Laguna FC 3-2 di Stadium Binan, Filipina pada Rabu.

Ia sekali gus menyaksikan TFC berada di kedudukan teratas Kumpulan G dengan lapan mata, dua mata mengatasi pasukan di kedudukan kedua, Central Coast Mariners yang akan bertemu Bali United malam ini.

Bagaimanapun, kemenangan yang diraih TFC itu tidak mudah apabila terlebih dahulu ketinggalan menerusi gol minit ketiga perlawanan Junior Ngong Sam sebelum Griffin McDaniel menggandakan kedudukan buat tuan rumah pada minit ke-14.

Jaringan sendiri kapten Stallion, Matthew Nierras, pada minit ke-33 selepas tertanduk bola sepakan percuma Sony Norde memastikan TFC merapatkan jurang sebelum separuh masa pertama tamat.

Skuad kendalian Tomislav Steinbruckner itu terus garang pada separuh masa kedua apabila Ivan Mamut menyempurnakan hantaran Norde untuk mengikat kedudukan pada minit ke-67.

Norde muncul wira apabila gerakan solonya gagal dipintas pemain lawan sebelum tenang menyudahkan jaringan pada minit ke-86 untuk tiga mata penting TFC.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!