KPKT beri amaran pemilik sewakan rumah PPR, PR1MA pada orang lain

Kor Ming - Foto Bernama
Kor Ming - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming memberi amaran kepada pembeli Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) agar tidak menyewakan hartanah tersebut.

Menurutnya, isu pemilikan rumah tidak akan selesai selagi wujud budaya pemilik rumah tidak bertanggungjawab yang membeli kediaman tersebut untuk menyewakannya.

"Matlamat kerajaan untuk mencapai 100 peratus pemilikan... ia tak akan tercapai sebab beli kemudian sewakan.

"Saya kerja sampai mati pun tak akan mencapai objektif tersebut," katanya ketika lawatan ke Projek PR1MA Bintawa, Kuching di Sarawak pada Rabu.

Beliau menegaskan, pembeli yang benar-benar memerlukan kediaman itu hendaklah menetap di situ.

"Tapi jika nak beli untuk sewa kepada orang lain, PR1MA ambil tindakan batalkan kontrak minta keluar, jangan salahkan orang lain.

"Sebab orang beli (kemudian) dia tak duduk... lepas tu dia kata dia tak ada rumah.

"Inilah salah satu kesedaran sivik yang perlu saya tegaskan," katanya.

Artikel Berkaitan: