4 penguat kuasa direman kes minta suapan RM14,000 selenggara bot

Empat penguat kuasa direman tiga hari bermula Rabu selepas SPRM membuat permohonan reman itu di Mahkamah Majistret 6, Shah Alam pagi tadi.
Empat penguat kuasa direman tiga hari bermula Rabu selepas SPRM membuat permohonan reman itu di Mahkamah Majistret 6, Shah Alam pagi tadi.
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai empat pegawai penguat kuasa ditahan reman tiga hari kerana disyaki meminta dan menerima suapan daripada pemilik sebuah syarikat sebagai balasan membantu urusan tuntutan pembayaran penyelenggaraan bot sebuah jabatan kerajaan berjumlah RM14,000.

Perintah reman tiga hari bermula Rabu sehingga Jumaat dikeluarkan oleh Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan reman itu di Mahkamah Majistret 6, Shah Alam pagi tadi.

Sumber berkata, kesemua lelaki yang berusia 42 hingga 59 tahun itu ditahan jam 6 petang semalam, ketika diminta hadir memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor.

"Dua daripada mereka bertugas di Putrajaya, manakala dua lagi bertugas di sebuah daerah di Selangor.

"Siasatan awal mendapati keempat-empatnya dipercayai meminta dan menerima wang suapan daripada pemilik syarikat itu yang dimasukkan ke akaun bank masing-masing daripada 2019 hingga 2023," katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 16(a) (B) Akta SPRM 2009.

Artikel Berkaitan: