Rokok seludup RM4.3 juta dirampas

Lebih 25,000 karton rokok pelbagai jenama dirampas dalam serbuan sebuah gudang di Tapah kelmarin.
Lebih 25,000 karton rokok pelbagai jenama dirampas dalam serbuan sebuah gudang di Tapah kelmarin.
A
A
A

TAPAH - Polis merampas 25,850 karton rokok seludup dianggarkan bernilai RM4.3 juta dalam serbuan di sebuah gudang di Jalan Station di sini kelmarin.

Serbuan kira-kira jam 10.30 malam itu dilakukan hasil risikan anggota Cawangan Perisikan dan Siasatan Khas, Pasukan Gerakan Khas (PGK), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, 20,000 karton rokok pelbagai jenama dipercayai tiada cukai dijumpai ketika pemeriksaan dilakukan.


Sebuah lori membawa muatan karton rokok berjaya dirampas dalam serbuan di Tapah kelmarin.
Sebuah lori membawa muatan karton rokok berjaya dirampas dalam serbuan di Tapah kelmarin.

"Pemeriksaan lanjut pada dua buah lori di lokasi kejadian menemui 1,150 karton dan 4,700 karton rokok.

"Polis turut menahan tiga lelaki termasuk dua warga Bangladesh berusia 20 hingga 47 tahun disyaki terlibat dalam kegiatan ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, suspek direman untuk siasatan mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Artikel Berkaitan:

Sebanyak 4,700 karton rokok turut ditemui pada pemeriksaan lanjut di sebuah lori di gudang berkenaan.
Sebanyak 4,700 karton rokok turut ditemui pada pemeriksaan lanjut di sebuah lori di gudang berkenaan.

"Jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga 20 kali ganda nilai barangan atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan jenayah boleh berhubung di talian hotline Ibu Pejabat Polis (IPD) Tapah 05-4015222 atau SMS Rakan Cop 32728 atau balai polis berhampiran," katanya.