WUIF mohon orang ramai salur sumbangan World #QuranConvention

Poster rasmi World #QuranConvention yang akan diadakan pada 2 Disember akan datang
Poster rasmi World #QuranConvention yang akan diadakan pada 2 Disember akan datang
A
A
A

SHAH ALAM - Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) mengalu-alukan sumbangan orang ramai bagi membantu pelajar yang menghadapi kekangan kewangan untuk menyertai World #QuranConvention pada 2 Disember depan.

Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff berkata, pihaknya mengenalpasti lebih 300 pelajar tempatan dan antarabangsa mengalami masalah kewangan.

“Saya mengajak orang ramai menyumbang bagi membantu pelajar dengan anggaran kos RM350 seorang.

“Jadi dengan jumlah kutipan diperoleh nanti diharap memberi peluang kepada anak muda menyertai program seperti ini.


MARHAINI
MARHAINI

“Kita mahu lahirkan pemimpin muda Islam yang diterapkan dengan pemahaman menerusi intipati surah dalam al-Quran supaya mereka mampu menerajui pucuk pimpinan seluruh dunia,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Tambah Marhaini, orang ramai boleh melakukan sumbangan menerusi akaun Maybank Warisan Ummah Ikhlas Foundation (5642 7651 6031).

Terdahulu, World #QuranConvention 2023 kali ini bertemakan 'Served to be Serve: A Divine Guidance From Surah al-Insan' akan diadakan di Movenpick Hotel & Convention Centre, Sepang.

Artikel Berkaitan:

Program itu akan dihadiri Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar; Pengarah World #QuranConvention, Nouman Ali Khan dan Usahawan dan Penasihat Media, Ibrahim Eren.

Dalam pada itu, Marhaini memaklumkan ia merupakan pasukan terakhir untuk mendalami surah al-Insan bagi melahirkan lebih ramai insan berkarakter al-Abrar (berakhlak mulia).

“Kita fokus kepada 'serve to be served' dengan mengenalpasti lebih banyak solusi yang terkandung dalam al-Quran berkaitan kesantunan akhlak seseorang.

Poster maklumat mengenai saluran untuk orang ramai yang mahu memberi sumbangan.
Poster maklumat mengenai saluran untuk orang ramai yang mahu memberi sumbangan.

“Ujian menimpa saudara kita di Gaza memperlihatkan bagaimana mereka berjuang menentang rejim Zionis dengan solusi dinyatakan dalam al-Quran,” ujar beliau.

Tambahnya, melalui World #QuranConvention itu juga akan mengenalpasti lebih banyak kaedah daripada al-Quran untuk melahirkan akhlak muslim sejati.

Beliau memberikan contoh rakyat Palestin yang mempunyai kesabaran, akhlak yang baik dan mulia kerana mereka menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup.

“Saya mengharapkan lebih ramai peserta akan menyertai program ini untuk bersama-sama 'menggali' dan terus memahami apa sebenarnya yang terkandung dalam surah al-Insan,” katanya.