Bursa Malaysia ditutup rendah

Bursa Malaysia ditutup rendah pada Selasa berikutan aktiviti pengambilan untung. - Gambar hiasan
Bursa Malaysia ditutup rendah pada Selasa berikutan aktiviti pengambilan untung. - Gambar hiasan
A
A
A

BURSA Malaysia ditutup rendah pada Selasa berikutan aktiviti pengambilan untung, kata peniaga.

Pada jam 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 1.30 mata untuk ditutup kepada 1,463.37 daripada 1,464.67 sewaktu ditutup semalam.

Indeks petunjuk pasaran itu dibuka menyusut 0.62 mata dan bergerak antara 1,458.66 dan1,465.55 sepanjang sesi dagangan.

Keseluruhan sentimen pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 517 kepada 385, manakala 461 kaunter tidak berubah, 985 tidak diniagakan dan tujuh lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan turun kepada 3.27 billon unit bernilai RM2.17 bilion daripada 3.76 bilion unit bernilai RM2.34 bilion pada Isnin.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade, Thong Pak Leng berkata, trend bagi ekuiti Malaysia kekal positif, dipacu oleh sentimen serantau yang bertambah baik dan sokongan tinggi daripada pelabur asing.

"Walaupun berlaku aktiviti pengambilan untung hari ini, kami menyifatkannya sebagai isyarat positif memandangkan langkah ini membolehkan pasaran untuk menyerap aliran kenaikan baru-baru ini.

"Oleh itu, kami menjangkakan FBM KLCI akan menokok dalam jajaran 1,460-1,480 untuk tempoh berbaki minggu ini, dengan paras rintangan serta-merta pada 1,465 dan sokongan pada 1,430,” katanya kepada Bernama.

Artikel Berkaitan:

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan IHH Healthcare meningkat empat sen kepada RM9.15 dan RM6.05, CIMB tidak berubah pada RM5.81, Public Bank susut satu sen kepada RM4.24, Petronas Chemicals menguncup enam sen kepada RM7.28 dan TNB turun lima sen kepada RM9.95.

Bagi saham aktif, Top Glove naik dua sen kepada 78 sen, Dagang NeXchange meningkat 1.5 sen kepada 45.5 sen, EA Technique menokok 4.5 sen kepada 38.5 sen, Widad dan Sarawak Consolidated tidak berubah pada 45 sen dan 57.5 sen, dan Kanger International menyusut 2.5 sen kepada 9.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 7.35 mata kepada 10,802.08, Indeks FBMT 100 menguncup 4.92 mata kepada 10,468.71 dan Indeks FBM Emas Syariah susut 14.78 mata kepada 10,998.11.

Indeks FBM 70 meningkat 12.52 mata kepada 14,253.33 dan Indeks FBM ACE berkurangan 25.34 mata kepada 5,097.53.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.32 mata kepada 172.85, Indeks Perladangan berkurangan 32.79 mata kepada 6,957.86, Indeks Tenaga mengukuh 5.59 mata kepada 870.88, dan Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 4.01 mata kepada 16,459.83.

Jumlah dagangan Pasaran Utama turun kepada 2.10 bilion unit bernilai RM1.91 bilion berbanding 2.59 bilion unit bernilai RM2.08 bilion semalam.

Jumlah dagangan waran berkurangan kepada 380.13 juta unit bernilai RM53.48 juta daripada 388.59 juta unit bernilai pada RM49.43 juta semalam.

Jumlah dagangan Pasaran ACE susut kepada 774.76 juta saham bernilai RM199.73 juta daripada 778.81 juta saham bernilai RM211.14 juta sebelum ini.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 284.81 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (405.54 juta); pembinaan (148.50 juta); teknologi (255.49 juta); SPAC (sifar); perkhidmatan kewangan (57.70 juta); hartanah (224.21 juta); perladangan (24.36 juta); REIT (11.50 juta), dana tertutup (67,100); tenaga (123.39 juta); penjagaan kesihatan (284.82 juta); telekomunikasi dan media (36.83 juta); pengangkutan dan logistik (131.52 juta); dan utiliti (110.38 juta). - Bernama