Korban di Gaza meningkat kepada 5,087

Kelihatan asap berkepul-kepul semasa serangan Israel ke atas Gaza pada Isnin, di tengah-tengah pertempuran berterusan antara Israel dan pejuang Hamas. - Foto AFP
Kelihatan asap berkepul-kepul semasa serangan Israel ke atas Gaza pada Isnin, di tengah-tengah pertempuran berterusan antara Israel dan pejuang Hamas. - Foto AFP
A
A
A

GAZA CITY - Jumlah rakyat Palestin yang terkorban akibat serangan udara Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 5,087, menurut Kementerian Kesihatan pada Isnin, lapor Agensi Anadolu.

"Korban melibatkan 2,055 kanak-kanak, 1,119 wanita dan 217 warga emas manakala 15,273 orang lagi cedera,” kata jurucakap kementerian Ashraf al-Qudra pada sidang media di Gaza City.

Beliau berkata, dalam tempoh 24 jam sahaja seramai 436 orang maut, termasuk 182 kanak-kanak akibat kezaliman Israel.

Kementerian Kesihatan setakat ini menerima laporan kira-kira 1,500 orang, termasuk 830 kanak-kanak, masih terperangkap di bawah runtuhan.

Gaza terus dibedil dengan bom serta dikepung sejak 7 Oktober dan penduduk di wilayah ini amat memerlukan bantuan kemanusiaan seperti bekalan perubatan, bahan api serta keperluan asas lain, termasuk air bersih dan makanan. - Bernama/AA

Artikel Berkaitan: