Pelanggan tak bawa 'cash', pekerja mahu belanja

Paparan Roslan tular dan sehingga kini mencecah 47,000 tanda suka dari netizen.
Paparan Roslan tular dan sehingga kini mencecah 47,000 tanda suka dari netizen.
A
A
A

MELAKA TENGAH - "Pakcik nak pesan banyak ke? Kalau untuk seorang tak apa saya belanja."

Demikian kata seorang pekerja di sebuah restoran makanan segera di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh kepada pelanggannya, Roslan Hassan kerana tidak membawa wang tunai semasa membuat pembayaran makanan.

Roslan Hassan berkongsi kisah kebaikan pekerja bernama Firdaus Fitri di Facebook sebelum tular di laman sosial.

"Semalam saya singgah di Hentian Rehat Ayer Keroh. Saya beratur untuk memesan makanan. Beratur agak panjang. Ketika itu isteri saya bersama dengan ibu saya di surau.

"Di poket saya tiada 'cash' walau sesen pun ketika itu. Bila hampir tiba giliran saya, saya cuba hubungi isteri saya tapi panggilan saya tidak berjawab. Saya cuba call anak-anak perempuan saya yang ketika itu bersama ibu dan nenek mereka, pun tidak berjawab. Saya fikir mereka mungkin sedang solat atau menguruskan ibu saya di toilet.

"Bila tiba giliran saya, saya bertanya kepada 'cashier' sama ada menerima pembayaran melalui kad debit. Malangnya tidak. Saya beritahu 'cashier' bahawa saya langsung tiada 'cash' di tangan. Untuk 'call' isteri atau anak-anak ketika itu tidak begitu 'appropriate' kerana orang yang beratur agak ramai." katanya.

Memahami keadaan Roslan agak terdesak ketika itu, Firdaus memudahkan urusan dengan menawarkan mahu membelanja sahaja Roslan jika pesanan untuk seorang makan.

Bagaimanapun Roslan mahu memesan untuk sembilan orang makan termasuk keluarganya.

Artikel Berkaitan:

Tangkap layar netizen yang memuji tindakan Firdaus.
Tangkap layar netizen yang memuji tindakan Firdaus.

Atas keprihatinan dan budi bicara Firdaus, Roslan boleh memesan dahulu menu itu kemudian baru membayarnya.

Firdaus juga mempelawa Roslan menunggang motosikalnya untuk pergi ke mesin juruwang automatik (ATM) memandangkan stesen minyak agak jauh dari lokasi restoran tersebut.

Bagaimanapun, ketika keluar dari restoran, Roslan memberitahu telah bertemu dengan keluarganya lalu terus membuat pembayaran makanannya kepada Firdaus.

"Selesai membuat pesanan, saya terus menuju ke pintu keluar untuk ke arah belakang restoran. Masa itu saya bertemu dengan isteri dan anak-anak bersama ibu saya. Lega. Saya lalu meminta sedikit 'cash' dan terus membuat pembayaran.

"Saya minta izin Firdaus Fitri utk merakam fotonya. Anak muda Kelantan ini berjiwa besar, berhati mulia, baik hati dan yang penting dia ada kemahiran pengurusan yang baik dalam menyelesaikan masalah," katanya.

Jelas Roslan, jika dilatih anak muda itu, ia mampu menjadi seorang pengurus yang baik dan mengucapkan tahniah kepada restoran makanan segera di R&R Ayer Keroh kerana memiliki kakitangan yang berkualiti.

Sementara itu, perkongsian Roslan menarik perhatian netizen yang rata-rata memuji tindakan pekerja itu kerana memiliki keperibadian yang hebat.

Kata Muhammad Muadz, "Terbaik. Bagus niat nak memudahkan urusan orang lain. Pasti ALLAH mudahkan urusan kita pula."

Anita Abu Hanifah berkata, "Allahu, umpama permata di tengah-tengah kaca. Kebetulan namanya sama dengan nama seorang pelajar saya, berbudi berakhlak mulia juga orangnya."

Anita Abu Hanifah berkata, "Allahu, umpama permata di tengah-tengah kaca. Kebetulan namanya sama dengan nama seorang pelajar saya, berbudi berakhlak mulia juga orangnya."