Abu Ubaida, simbol perjuangan Gaza

Beliau merupakan jurucakap Briged al-Qassam yang merupakan sayap bersenjata Hamas. - Foto Agensi
Beliau merupakan jurucakap Briged al-Qassam yang merupakan sayap bersenjata Hamas. - Foto Agensi
A
A
A

GENTING GAZA - Nama yang sering jadi sebutan penduduk Palestin ketika ini ialah ‘Abu Ubaida’ yang dianggap sebagai simbol perjuangan Gaza.

Beliau merupakan jurucakap Briged al-Qassam yang merupakan sayap bersenjata Hamas mula muncul sejak 7 Oktober lalu selepas Komander Briged al-Qassam, Mohammad al-Deif melancarkan Operasi Taufan al-Aqsa ke atas Israel.

Sejak itu, beliau sering tampil mewakili Hamas untuk membawa berita perkembangan konflik itu dan kisah sebenar propaganda musuh yang tidak diuar-uarkan media Barat.

Hanya berbekalkan suara lantang, Abu Ubaida berjaya mengendalikan ‘perang media’ dengan profesionalisme yang luar biasa tanpa mendedahkan identiti dilindungi keffiyeh merah dan digelar sebagai lelaki bertopeng (al-Mulatham).

Abu Ubaida pertama kali dikenali umum pada 2002 dan beliau dilantik secara rasmi sebagai jurucakap Briged al-Qassam selepas pengunduran tentera Israel dari Genting Gaza pada tahun 2005.

Pemuda itu berasal dari Naalia di wilayah Gaza dan dipercayai menetap di Jabalia setelah rumahnya dibom beberapa kali sejak 2008. - Agensi

Artikel Berkaitan: