Najib bebas Covid-19

Najib dan Muhamad Mukhlis (kanan).
Najib dan Muhamad Mukhlis (kanan).
A
A
A

SHAH ALAM - Ujian Covid-19 kali kedua dijalankan ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak oleh pihak Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Jumaat mendapati keputusan negatif.

Pegawai Khasnya, Muhamad Mukhlis Maghribi berkata, pihak hospital masih menjalankan pemantauan terhadap prestasi kesihatan Najib sehingga Ahad.

“Setelah doktor membuat pemeriksaan terakhir pada hari berkenaan, beliau dibenarkan pulang ke Penjara Kajang semula.

“Saya mewakilinya merakamkan ucapan penghargaan terima kasih kepada pihak penjara dan pegawai perubatan yang sangat prihatin dengan kesihatan serta kebajikannya.

“Sekalung penghargaan juga buat pihak HKL yang telah memberikan rawatan sebaik mungkin kepada beliau,” katanya dalam satu kenyataan.

Sinar Harian pada 1 November lalu melaporkan, Najib dikejarkan ke HKL selepas mengadu demam pada Selasa dan pemeriksaan dilakukan oleh doktor pakar mendapati beliau positif Covid-19.

Artikel Berkaitan: