Beri bukti, dokumen jika mahu bantah kenaikan cukai harta

Noorazam (dua kiri) dan Ting Han (kiri) melepaskan peserta Sunbeam Run 2023 di pekarangan Dewan Jubli Intan, Johor Bahru pada Ahad.
Noorazam (dua kiri) dan Ting Han (kiri) melepaskan peserta Sunbeam Run 2023 di pekarangan Dewan Jubli Intan, Johor Bahru pada Ahad.
A
A
A
JOHOR BAHRU - Penduduk di daerah ini yang membantah kenaikan kadar cukai harta dikuatkuasakan bermula 1 Januari 2024 diminta hadir sesi Pendengaran Bantahan Kenaikan Cukai Harta pada minggu depan.

Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Mohd Noorazam Osman berkata, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) sedia mendengar keluhan penduduk dalam sesi tersebut yang akan diadakan pada Isnin dan Rabu ini.

"Jumlah mereka yang membantah sangat kecil sekadar 1.1 peratus sahaja. Kami sarankan mereka datang sesi pendengaran ini bagi membolehkan suara didengari dan mempertahankan bantahan mereka.



"Mereka perlu datang dengan bukti dan dokumen lengkap termasuk nilai hartanah semasa mereka untuk menyokong bantahan yang dikemukakan. Tiada apa yang boleh kita buat kalau datang sesi ini hanya kerana mempunyai masalah kewangan.

"Pada masa sama kerajaan negeri juga sudah memaklumkan akan melihat perkara ini," katanya ketika ditemui pemberita dalam Majlis Perasmian Sunbeam Run 2023 di Dewan Jubli Intan di sini pada Ahad.

Orang ramai mengambil bahagian dalam acara Sunbeam Run 2023.
Orang ramai mengambil bahagian dalam acara Sunbeam Run 2023.



Program berkenaan dirasmikan oleh Exco Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Lee Ting Han.

Pada 23 Oktober lalu, Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, kerajaan negeri akan meneliti dan menimbang semula perkara itu selepas menerima bantahan penduduk.

Katanya, bantahan itu diterima membabitkan pemegang hartanah di MBJB, Majlis Perbandaran Kluang (MPK) dan Majlis Perbandaran Pengerang (MPP).

Menurut Jafni, bantahan itu dibuat setelah kenaikan ketara cukai harta membabitkan hartanah yang tinggi di kawasan berkenaan dan hanya satu peratus daripada 350,000 pegangan hartanah MBJB mengemukakan bantahan.

Artikel Berkaitan:


“Mereka merasakan cukai harta tidak berubah banyak, namun harga rumah yang dahulunya RM200,000 kini sudah bernilai sehingga RM800,000, ia bergantung lokasi. Mereka perlu tahu bayaran cukai berdasarkan nilai sebenar hartanah semasa," ujar Jafni.