Peruntukan: PM minta MP pembangkang bincang dengan Fadillah

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Perasmian Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya pada Sabtu. - Foto Bernama
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Perasmian Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya pada Sabtu. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta ahli Parlimen pembangkang untuk terus mengadakan perbincangan bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, berhubung permohonan peruntukan bagi kawasan masing-masing.

Ia susulan kenyataan ahli Parlimen pembangkang pada Jumaat, yang memaklumkan akan menghentikan rundingan atau permohonan peruntukan bagi kawasan mereka dengan Fadillah.

"Bincang dengan TPM Fadillah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya, di sini, pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN:Peruntukan ahli Parlimen: Pembangkang akan hentikan rundingan

ARTIKEL BERKAITAN:Pembangkang terima peruntukan dalam bentuk projek, bantuan terus - Rafizi

Ditanya mengenai dakwaan terdapat pelbagai syarat yang perlu dipatuhi ahli Parlimen pembangkang sekiranya ingin membuat membuat permohonan peruntukan bagi kawasan masing-masing, Anwar berkata: "Tiada”.

Pada Jumaat, Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, beliau telah bertemu Fadillah sebanyak dua kali bagi berbincang mengenai peruntukan berkenaan, sebelum memaklumkan akan menghentikan rundingan berhubung perkara itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: