MetMalaysia tidak keluar amaran tsunami

MetMalaysia menjelaskan tidak mengeluarkan sebarang amaran atau nasihat tsunami pada masa ini susulan kejadian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) di Kota Belud, Sabah yang berbunyi awal pagi Sabtu. - Gambar hiasan

A
A
A

KOTA KINABALU - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjelaskan tidak mengeluarkan sebarang amaran atau nasihat tsunami pada masa ini susulan kejadian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) di Kota Belud, Sabah yang berbunyi awal pagi Sabtu.

MetMalaysia menerusi kenyataan pada Sabtu memaklumkan, kejadian siren SAATNM di kawasan Masjid Imam Haji Mustapah, Kota Belud, yang berbunyi dikhuatiri kerana masalah teknikal.

"... tindakan sewajarnya sedang diambil.

"MetMalaysia memohon maaf atas sebarang kekeliruan dan kesulitan yang timbul ekoran kejadian ini," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan orang ramai boleh mendapatkan maklumat sahih berkenaan gempa bumi dan tsunami menerusi laman web www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca, media sosial rasmi MetMalaysia serta hotline 1-300-221638.- Bernama

Artikel Berkaitan: