'Tak sangka kali pertama anak ikut memancing, jadi kali terakhir'

Johan dan isteri menunjukkan gambar Mohammad Adam Dani.
Johan dan isteri menunjukkan gambar Mohammad Adam Dani.
A
A
A

BATU PAHAT - "Saya tidak sangka kali pertama menjadi kali terakhir kami memancing bersama," luah Johan Ali, 55, setelah anak tunggalnya, Mohammad Adam Dani Johan, 10, ditemui lemas di sebuah kelong di Pantai Sungai Lurus, Senggarang di sini pada Khamis.

Johan berkata, itu adalah kali pertama dia membenarkan anaknya itu mengikut memancing di kelong.

“Pada mulanya saya tidak izinkan dia ikut memancing kerana biasanya saya memancing pada waktu malam.

"Bagaimanapun saya benarkan kerana kali ini saya memancing pada waktu siang. Lagipun dia beberapa kali minta izin nak ikut selain minat memancing.

“Sebelum ini, anak saya hanya memancing di parit dan anak-anak sungai berhampiran kawasan rumah,” katanya pada Jumaat.

Foto Mohammad Adam Dani
Foto Mohammad Adam Dani

Johan berkata, Mohammad Adam Dani merupakan seorang anak yang taat kepada kedua ibu bapa selain rajin solat dan sering kali mengajaknya dan isteri menunaikan solat berjemaah.

Justeru katanya, pemergian anaknya itu sememangnya cukup dirasai apatah lagi arwah merupakan anak tunggal.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, polis menerima laporan mengenai insiden berkenaan sekitar jam 6.30 petang Khamis.

Katanya, pada petang Khamis, mangsa telah mengikut bapanya memancing dan kemudian berteduh di sebuah pondok di kelong yang hanya 60 meter daripada lokasi bapanya memancing.

"Bagaimanapun, dalam jam 5.30 petang, bapa mangsa menyedari anaknya hilang dan percaya anaknya itu telah terjatuh ke laut.

"Bapanya terus membuat laporan di Balai Polis Senggarang sebelum operasi mencari dan menyelamat telah dijalankan oleh pasukan polis dan bomba selain bantuan orang awam.

“Mayat anaknya itu akhirnya ditemui padajam 9.15 malam dan di bawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSI) untuk bedah siasat," katanya.

Katanya, kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.