Terpaksa tahan sakit 15 minit akibat tersepit

A
A
A

KLANG - Seorang lelaki terpaksa menahan kesakitan hampir 15 minit akibat tersepit selepas lori dipandunya berlanggar dengan sebuah bas persiaran berhampiran Plaza Tol Kapar di Lebuhraya Pintasan Selat Kelang Utara Baru dekat sini pada Jumaat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, kemalangan berlaku ketika kedua-dua kenderaan itu menghala ke arah Shah Alam.

"Enam anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 11.16 pagi.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila lori dipandu lelaki warga tempatan itu berlanggar dengan sebuah bas persiaran mengakibatkan mangsa tersepit di bahagian tempat duduk pemandu," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan di Plaza Tol Kapar di Lebuhraya Pintasan Selat Kelang Utara Baru dekat sini pada Jumaat.
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan di Plaza Tol Kapar di Lebuhraya Pintasan Selat Kelang Utara Baru dekat sini pada Jumaat.

Katanya, mangsa tersepit kira-kira 15 minit sebelum berjaya dikeluarkan pihak bomba.

"Mangsa dikeluarkan anggota bomba terlibat menggunakan beberapa teknik dan peralatan berkaitan.

"Mangsa yang cedera kemudiannya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk rawatan lanjut," katanya.

Artikel Berkaitan: