Dua maut, kereta berlanggar dengan lori 5 tan

Kereta dinaiki tiga individu terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan sebuah lori di Jalan Song Ban Keng, Taman Sri Rambai, Bukit Mertajam pada pagi Selasa.
Kereta dinaiki tiga individu terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan sebuah lori di Jalan Song Ban Keng, Taman Sri Rambai, Bukit Mertajam pada pagi Selasa.
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Seorang pemandu kereta dan penumpang di bahagian belakang maut selepas kenderaan dinaiki mereka terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Song Ban Keng, Taman Sri Rambai di sini pada pagi Selasa.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Perda, Pegawai Bomba Kanan II Hirwan Hassan berkata, mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Lim Jeng Yee, 33, dan penumpang kereta, Ong Zhong Xiang, 26.

Menurutnya, rakan mereka yang duduk di tempat penumpang depan pula cedera.

"Kita menerima panggilan kecemasan pada jam 3.07 pagi tadi (Selasa) berhubung satu kemalangan melibatkan dua kenderaan. Selepas bergegas ke lokasi kejadian, kita mendapati memang benar berlaku kemalangan melibatkan sebuah kereta dan lori lima tan.

"Mangsa iaitu pemandu dan dua orang penumpang di dalam kereta jenis Mercedes Benz telah tersepit. Dua didapati meninggal di tempat kejadian manakala seorang yang cedera dikenali sebagai Lim Chun Hung, 23, iaitu penumpang belakang kereta.

"Mangsa yang menaiki kereta telah tersepit akibat daripada perlanggaran tersebut. Sementara itu, pemandu lori langsung tidak mengalami kecederaan," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Tambah beliau, pihaknya telah menjalankan kerja-kerja menyelamat dengan menggunakan peralatan khas.

"Mangsa telah berjaya dikeluarkan pada jam 4.10 pagi. Kesemua mangsa diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan selanjutnya.

Artikel Berkaitan:

"Operasi tamat sepenuhnya pada jam 4.20 pagi," katanya.