PKR tiada kaitan dengan Liberal International - Fahmi

A
A
A
SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menafikan dakwaan bahawa parti itu mempunyai kaitan dengan satu pertubuhan gabungan parti-parti iaitu Liberal International.

Ketua Penerangannya, Fahmi Fadzil berkata, terdapat cubaan terancang mengaitkan PKR dengan pertubuhan tersebut.

"Saya mengesahkan bahawa PKR bukan dan tidak pernah menjadi ahli atau anggota Liberal International.

"PKR bersolidariti sepenuhnya dengan rakyat Palestin, serta mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman rejim Zionis Israel yang terus menzalimi, menekan dan membunuh rakyat Palestin," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Tular di aplikasi X apabila seorang pengguna mendakwa PKR tersenarai sebagai ahli pertubuhan berkenaan hasil pencarian di laman sesawang 'Israel Liberal Group'.

Artikel Berkaitan: