335 pemegang pasport asing meninggalkan Gaza

Pemegang pasport asing meninggalkan Gaza menunggu bersiap sedia untuk menyeberangi lintasan sempadan Rafah di selatan Semenanjung Gaza. - Foto AFP
Pemegang pasport asing meninggalkan Gaza menunggu bersiap sedia untuk menyeberangi lintasan sempadan Rafah di selatan Semenanjung Gaza. - Foto AFP
A
A
A

GAZA CITY - Sejumlah 335 pemegang pasport asing telah meninggalkan Semenanjung Gaza ke Mesir menerusi lintasan sempadan Rafah,” menurut Wael Abu Mohsen, pengarah media lintasan sempadan Rafah dalam satu kenyataan pada Rabu.

Abu Mohsen sebelum itu memberitahu Agensi Anadolu bahawa 110 pemegang pasport asing telah melintas ke Mesir.

Beliau berkata, 76 penduduk Palestin yang cedera telah dibawa oleh 17 ambulans dari Gaza ke Mesir melalui lintasan berkenaan.

Jurucakap Palestin itu berkata, 51 trak sarat dengan bantuan kemanusiaan bergerak ke Gaza melalui persimpangan Rafah pada Rabu.

Agensi Anadolu melaporkan berpuluh-puluh warga asing dan penduduk Palestin dengan dua kerakyatan, berkumpul di persimpangan Rafah di sebelah Palestin, sejak awal pagi untuk meninggalkan Semenanjung Gaza yang diserang tanpa henti oleh tentera pencerobohan Israel sejak 7 Oktober.

Sekurang-kurangnya 9,061 orang di Gaza terbunuh dalam serangan Israel.

Selain jumlah korban dan pemindahan penduduk, bekalan asas untuk 2.3 juta penduduk di Gaza semakin berkurangan akibat pengepungan Israel. - Bernama

Artikel Berkaitan: