Pasangan kekasih aktif curi kenderaan diberkas

Sebuah van yang dirampas polis susulan penahanan dua suspek curi kenderaan, pada Selasa.
Sebuah van yang dirampas polis susulan penahanan dua suspek curi kenderaan, pada Selasa.
A
A
A

AMPANG - Pasangan kekasih yang dipercayai aktif dalam jenayah curi kenderaan di sekitar daerah ini dan ibu negara berjaya dicekup di Taman Maluri, Kuala Lumpur pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, kedua-dua suspek warga tempatan itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya menerusi operasi bermula jam 10.30 pagi.

Menurutnya, polis merampas sebuah van dan kereta yang dilaporkan hilang di daerah Ampang dan Gombak.

"Pelbagai barang lain turut dirampas antaranya lima telefon, mesin pengukur elektronik (1), mesin penembak air (1), topi keledar (2), pakaian serta barang kemas.

Antara peralatan yang dirampas polis susulan penahanan dua suspek curi kenderaan, pada Selasa.
Antara peralatan yang dirampas polis susulan penahanan dua suspek curi kenderaan, pada Selasa.

"Semakan yang dibuat mendapati suspek lelaki memiliki 19 rekod jenayah serta 11 kes dadah lampau," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, ujian air kencing juga mendapati kedua-dua suspek positif dadah.

Katanya, suspek berusia 37 dan 32 tahun kini direman empat hari sehingga Sabtu untuk siasatan di bawah Seksyen 379A Kanun keseksaan.

Artikel Berkaitan:

Sebelum itu, satu laporan telah diterima polis daripada seorang kontraktor berusia 62 tahun yang mendakwa van jenis Nissan Vanette miliknya hilang pada 9 Oktober di Taman Muda, Ampang.