Siti Nurhaliza luah rasa syukur

Sekolah yang dibina menerusi Yayasan Nurjiwa di Gaza.
Sekolah yang dibina menerusi Yayasan Nurjiwa di Gaza.
A
A
A

PENYANYI Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa syukur apabila sekolah Afwa Al Aafiyah yang dibina di Gaza kini menjadi tempat sebilangan rakyat Palestin berlindung daripada bedilan bom.

Jelas ibu kepada dua cahaya mata itu, beliau terputus hubungan dengan kakitangan yang mengendalikan pusat bimbingan kanak-kanak atau tadika yang dibina bawah Yayasan Nurjiwa itu.

“Alhamdulillah sekolah saya masih selamat lagi. Sekarang ini sekolah itu menjadi penempatan untuk mereka yang tiada tempat tinggal di kawasan berhampiran.

Sekolah yang dibina menerusi Yayasan Nurjiwa di Gaza.
Sekolah yang dibina menerusi Yayasan Nurjiwa di Gaza.

“Saya berdoa dalam setiap solat saya semoga sekolah saya, anak-anak saya tidak dibom dan berdoa peperangan ini cepat dihentikan sebab kita semua merasai apa rakyat Palestin rasa,” katanya menerusi perkongsian Instagram miliknya.

Dalam perkongsian sama, pelantun lagu Engkau Bagaikan Permata itu turut berkongsi perasaan lega apabila sahabatnya, Dr. Mohanad yang membantu menyalurkan barangan keperluan kepada penduduk setempat menerusi tadika itu juga telah menghubunginya selepas beberapa hari terputus hubungan.

Sebelum ini, Siti yang lantang menyokong Palestin menzahirkan kebimbangan apabila Kem Al-Shati di bahagian barat Gaza dibedil bom dalam serangan terbaru Israel yang juga berhampiran sekolah Afwa Al Aafiyah.

Artikel Berkaitan: