Op Blue Devil: 262 anggota polis positif dadah

Mohd Khalil
Mohd Khalil
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 262 anggota polis dilaporkan positif dadah menerusi ujian saringan awal Op Blue Devil yang dilaksanakan di seluruh negara bermula Ogos lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, seramai 103 anggota dituduh di mahkamah manakala selebihnya sedang menunggu laporan Unit Patalogi.

"Mereka akan didakwa di mahkamah jika didapati positif dan seterusnya," katanya ketika ditemubual melalui Sinar Live di sini hari ini.

Menurutnya, anggota polis perlu bersih daripada dadah kerana mereka mentadbir undang-undang dan melaksanakannya dengan jujur dan adil.

"Tidak boleh ada 'mat gian' dalam PDRM. Polis kita mesti mesti bersih, Malaysia bersih dadah," katanya.

PDRM melaksanakan Op Blue Devil bagi mengesan dan membanteras penyalahgunaan dadah dalam kalangan pegawai dan anggotanya.

Artikel Berkaitan: