FAM terima pengiktirafan kejurulatihan AFC Pro

Hamidin (kanan) menerima anugerah Kejurulatihan Konvensyen AFC Pro Level daripada Shaikh Salman Ebrahim Al Khalifa sempena Anugerah Tahunan AFC di pada Selasa.
Hamidin (kanan) menerima anugerah Kejurulatihan Konvensyen AFC Pro Level daripada Shaikh Salman Ebrahim Al Khalifa sempena Anugerah Tahunan AFC di pada Selasa.
A
A
A

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) mendapat pengiktirafan daripada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dan dianugerahkan Kejurulatihan Konvensyen AFC Pro Level pada Selasa

Anugerah itu disampaikan oleh Presiden AFC, Shaikh Salman Ebrahim Al Khalifa kepada Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin pada Majlis Penyampaian Pengiktirafan Teknikal AFC di Doha, Qatar yang diadakan sempena Anugerah Tahunan AFC.

Hamidin berkata, pengiktirafan Pro Diploma kejurulatihan berkenaan pastinya akan mencetus semangat kepada petugas Jabatan Teknikal dan kejurulatihan, dan semua anggota pentadbiran FAM dalam membangunkan lagi bola sepak negara.

"Pengiktirafan ini memainkan peranan penting dalam membantu FAM meningkatkan kualiti pendidikan kejurulatihan di seluruh Malaysia,” katanya menerusi kenyataan.

Selain FAM, pengiktirafan sama turut diperolehi oleh persatuan bola sepak Bangladesh, China, India, Jordan, Kuwait dan Arab Saudi.

Artikel Berkaitan: