Anwar ucap takziah bagi pihak Malaysia kepada China, keluarga Li Keqiang

Anwar Ibrahim - Foto Bernama
Anwar Ibrahim - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia kepada keluarga bekas Perdana Menteri China, Li Keqiang atas pemergiannya minggu lepas.

Anwar menerusi akaun X nya berkata, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan beliau amat bersedih dengan pemergian bekas pemimpin China itu.

"Pemergian beliau adalah kehilangan besar China dan saya tidak ada keraguan terhadap legasi beliau yang mengukuhkan hubungan dua hala (Malaysia-China), harus diingati sentiasa.

Bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia, saya mengucapkan takziah dan simpati kepada Puan Cheng Hong dan keluarga serta rakyat China,” katanya.

Menurut laporan media, Li, 68, meninggal dunia pada Jumaat selepas mengalami serangan jantung.

Beliau berkhidmat sebagai Perdana Menteri China dari 2013 hingga 2023 dan juga merupakan orang kedua paling berkuasa dalam parti pemerintah, Parti Komunis China dari 2012 hingga 2022. - Bernama

Artikel Berkaitan: