DIN angkat Melayu dan Islam

(Dari kiri) Zamani bersama Tun Mahathir Mohamad di Majlis Pelancaran Buku Impian Nasional (BINA2040) Berjasa di IDCC Shah Alam pada Sabtu.
(Dari kiri) Zamani bersama Tun Mahathir Mohamad di Majlis Pelancaran Buku Impian Nasional (BINA2040) Berjasa di IDCC Shah Alam pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) bercadang melaksanakan Dasar Identiti Nasional (DIN) bagi membawa agenda bangsa Melayu dan Islam yang lebih unggul.

Presidennya, Zamani Ibrahim berkata, bagi menjayakan hasrat itu, Buku Impian Nasional (BINA2040) Berjasa diterbitkan bagi mengetengahkan enam teras utama membina perpaduan utuh.

Menurutnya, dasar utama perlu dilakukan adalah mengangkat hak keistimewaan bangsa Melayu tanpa sebarang kompromi.

“Antara teras utama adalah perlembagaan dan perundangan, politik dan kepimpinan, ekonomi dan sara hidup, pendidikan dan modal insan termasuk sains, teknologi serta alam sekitar.

“DIN perlu dibangunkan secara bersepadu dengan mengangkat bahasa Melayu dan agama Islam sebagai identiti utama negara.

“Tiada kompromi daripada segi perundangan mengenai perkara berkaitan identiti nasional supaya pembangunan jati diri dapat diperkukuh bermula di peringkat akar umbi,” katanya dalam slot Minda Negarawan bertajuk ‘Malaysia Baharu Impian Bersama’ di sini pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Zamani berkata, Berjasa bukan sekadar beretorik dalam memperjuangkan bangsa Melayu, sebaliknya membuktikan bahawa setiap dirancang akan dilaksanakan secara tersusun.

Artikel Berkaitan:

(Dari kiri) Tun Mahathir dan Zamani dalam Persidangan Tahunan Dewan Kepimpinan Nasional (Sidang) 2023.
(Dari kiri) Tun Mahathir dan Zamani dalam Persidangan Tahunan Dewan Kepimpinan Nasional (Sidang) 2023.

Ujarnya, kerajaan hari ini dilihat tidak kompeten kerana gagal memacu pembangunan negara dan tiada tindakan proaktif dalam menangani isu nasional dalam tadbir urus negara.

“Berjasa akan bawa naratif Melayu dan buktikan melalui pelbagai program yang kita lakukan bersama cendekiawan negara dan juga badan bukan kerajaan (NGO) bagi memastikan ada solusi untuk membangunkan negara.

“Sebelum menjadi kerajaan juga kami sudah mula berbincang mengenai masalah tanah rizab Melayu, kepentingan orang Melayu, keamanan negara dan sumber nasional,” jelasnya.

Sementara itu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, agenda Melayu perlu diangkat bagi menjamin masa depan negara yang lebih baik.

Katanya, Berjasa berperanan membawa hasrat itu supaya orang Melayu mampu mengukuhkan kedudukan politik dan ekonomi yang lebih cemerlang.