Pahang tak pernah jemu, penat bantu Palestin - Wan Rosdy

Wan Rosdy (dua dari kiri) melancarkan tabung Palestin 2.0 pada pada Himpunan Pahang For Palestin di Dataran Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) pada Sabtu.
Wan Rosdy (dua dari kiri) melancarkan tabung Palestin 2.0 pada pada Himpunan Pahang For Palestin di Dataran Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) pada Sabtu.
A
A
A

KUANTAN - Kerajaan Pahang mengulangi pendirian akan terus memberikan bantuan kepada rakyat di Palestin.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, bagi tujuan itu, Tabung Palestin 2.0 telah dilancarkan dan sebanyak RM110,000 telah dikutip setakat ini.

Menurutnya, tabung berkenaan dibuka kepada seluruh rakyat Pahang, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO).

"Walaupun Palestin 17,700 kilometer dari Pahang tetapi hati kita dekat dengan rakyat negara itu kerana kita benci kepada kekejaman, kezaliman yang dilakukan Israel.

"Sebenarnya, Pahang sejak dari dahulu tidak pernah jemu dan penat untuk membantu Palestin dengan menyumbang RM700,000 pada Tabung Palestin 1.0," katanya pada Himpunan Pahang For Palestin di Dataran Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) pada Sabtu.

Wan Rosdy
Wan Rosdy

Lebih 6,000 warga Pahang menyertai himpunan terbabit bagi melahirkan rasa simpati dan solidariti terhadap nasib rakyat Palestin yang terus dizalimi rejim Israel.

Kibaran jalur gemilang dan bendera Palestin, selain digemakan dengan laungan 'Isreal hancur', Isreal cuak, kita lawan Israel oleh orang ramai yang hadir di dataran berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Pada Tabung Palestin 1.0, sejumlah RM700,000 berjaya dikutip dan disumbangkan kepada rakyat negara berkenaan.

Himpunan itu turut disertai Timbalan Mufti Pahang, Datuk Badlishah Alauddin; pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM); selebriti televisyen, Farah Adeeba dan aktiviti kemanusiaan Heliza dan Hazwani Helmi yang menyampaikan ucapan kekejaman Israel dan mendoakan semoga rakyat Palestin tidak lagi ditindas.

Sebahagian warga Pahang yang pada Himpunan Pahang For Palestin di Dataran Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) di sini pada Sabtu.
Sebahagian warga Pahang yang pada Himpunan Pahang For Palestin di Dataran Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu, Wan Rosdy berkata, himpunan itu diadakan bagi menunjukkan kebencian terhadap Isreal yang melakukan kekejaman dan kezaliman kepada rakyat di Palestin.

Jelasnya, Israel bukan sahaja memutuskan bekalan makanan, air dan elektrik, sebaliknya kemudahan internet turut diputuskan supaya perhubungan dunia dan Palestin sekat.

"Pahang muncul negeri pertama di negara ini menganjurkan himpunan berkenaan sebagai tanda sokongan kepada Palestin," katanya.