Umat Islam di Perak disaran solat sunat gerhana Khamis ini

Gambar hiasan -Foto 123RF
Gambar hiasan -Foto 123RF
A
A
A

IPOH - Seluruh umat Islam di negeri Perak disaran melaksanakan solat sunat gerhana bagi memenuhi tuntutan sunat muakkad sempena Gerhana Matahari Separa yang dijangka berlaku di Perak, Khamis ini.

Jabatan Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Perak dalam satu kenyataan berkata, Gerhana Matahari Separa itu dijangka berlaku mulai pukul 11.18 pagi sehingga 3.09 petang, dengan waktu kemuncaknya pada jam 1.11 tengah hari, ketika 85 peratus matahari ditutupi oleh bulan.

"Bagi masjid atau surau yang ingin melaksanakan solat sunat gerhana secara berjemaah, maka dicadangkan agar ia dapat dilaksanakan selepas solat Zuhur secara berjemaah.

"Bagi yang ingin melaksanakannya secara individu, mereka boleh melaksanakannya sepanjang masa berlaku gerhana matahari," menurut kenyataan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: