Sidang tergempar PBB akan mengundi resolusi Gaza

Penduduk Gaza bergantung kepada makanan diagihkan agensi bantuan di Rafah.
Penduduk Gaza bergantung kepada makanan diagihkan agensi bantuan di Rafah.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) dijadual mengundi mengenai resolusi Gaza pada Jumaat, dengan persidangan tergempar itu memasuki hari kedua.

Persidangan itu, yang berlangsung di ibu pejabat PBB di New York, akan disambung semula pada pukul 10 pagi (10 malam Waktu Malaysia).

Dalam laman sesawangnya, PBB berkata, sesi tergempar itu diadakan ekoran kebuntuan dalam Majlis Keselamatan selain keadaan di wilayah Gaza yang semakin teruk.

Sedozen daripada 110 wakil sudahpun berucap pada Khamis.

Antara wakil yang dijangka berucap pada Jumaat adalah dari Amerika Syarikat, Qatar, Arab Saudi, Mesir serta Kesatuan Eropah, Kesatuan Afrika dan Liga Arab.

Pada Rabu, Majlis Keselamatan gagal menerima dua resolusi untuk menangani krisis kemanusiaan di Gaza. China dan Rusia menggunakan kuasa veto menolak draf resolusi yang diketuai Amerika Syarikat, manakala resolusi kedua yang disokong Rusia gagal memperoleh undi sokongan yang mencukupi.

Ini berikutan tiada kata sepakat seperti yang diminta dalam Majlis itu pada minggu lepas. Draf resolusi diketuai Rusia yang menggesa 'gencatan senjata kemanusiaan segera diundi pada Isnin dan pada Rabu, AS menggunakan kuasa vetonya menolak teks diketuai Brazil yang menggesa 'humantarian pause' (menghentikan sementara keganasan) untuk menyampaikan bantuan kepada berjuta-juta penduduk di Semenanjung Gaza.

Lebih 7,000 rakyat Palestin di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat, 70 peratus daripadanya kanak-kanak, wanita dan warga emas terbunuh manakala lebih 18,000 lagi cedera dan cacat akibat serangan udara tentera pendudukan Israel sejak 7 Oktober.

Artikel Berkaitan:

Wilayah itu, dengan jumlah penduduk seramai 2.3 juta, orang diibaratkan sebagai penjara terbuka kerana dikenakan sekatan menyeluruh, dengan makanan, air, ubat-ubatan dan bahan api kehabisan, dengan konvoi bantuan yang dibenarkan masuk ke Gaza hanya dapat membawa sebahagian kecil bantuan kemanusiaan yang diperlukan. - Bernama.