PRK Kemaman: MIC pastikan pengundi India pilih calon Kerajaan Perpaduan

Murugiah
Murugiah
A
A
A

KUALA TERENGGANU - MIC akan berusaha memastikan kira-kira 800 pengundi kaum India, akan memilih calon Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman pada 2 Disember depan.

Naib Presiden MIC Datuk T Murugiah berkata, meskipun bilangan pengundi kaum India di kawasan Parlimen tersebut agak kecil, namun undi mereka penting bagi memberikan kemenangan kepada calon Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, jentera parti itu akan memastikan pengundi yang berada di Kemaman dan tinggal di luar kawasan berkenaan, untuk keluar mengundi pada hari pengundian.

"Seperti yang kita buat pada PRK Dewan Udangan Negeri Pelangai baru-baru ini, separuh pengundi India tinggal di luar kawasan jadi kita cari nombor telefon mereka dan hubungi mereka untuk minta mereka balik ke kampung, tunaikan kewajipan mengundi,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Mesyuarat Agung Tahunan MIC Terengganu di sini pada Jumaat.

Turut hadir Pengerusi MIC Terengganu Dr A Mangleswaran.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRK Parlimen Kemaman pada 2 Dis, manakala penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 18 Nov dan 28 November.

PRK Parlimen Kemaman diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 Sept lepas yang membatalkan kemenangan calon PAS Che Alias Hamid pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). - Bernama.

Artikel Berkaitan: