Sekurang-kurangnya 27 maut, Taufan Otis badai selatan Mexico


Keadaan kerosakan yang disebabkan oleh Taufan Otis di Acapulco, negeri Guerrero, Mexico. - Foto AFP
Keadaan kerosakan yang disebabkan oleh Taufan Otis di Acapulco, negeri Guerrero, Mexico. - Foto AFP
A
A
A

BANDARAYA MEXICO - Sekurang-kurangnya 27 orang maut manakala empat lagi hilang selepas Taufan Otis melanda Guerrero, Mexico pagi Rabu, lapor Xinhua.

Taufan itu yang menyebabkan kemusnahan teruk terutama di kawasan peranginan Acapulco, yang merupakan antara destinasi pelancongan utama negara, kata setiausaha keselamatan dan perlindungan rakyat Mexico, Rosa Icela Rodriguez.

Taufan Otis menyebabkan kemusnahan teruk di kawasan peranginan Acapulco. - Foto AFP
Taufan Otis menyebabkan kemusnahan teruk di kawasan peranginan Acapulco. - Foto AFP

Presiden Andres Manuel Lopez Obrador menyatakan kesedihan atas kehilangan nyawa dan pentadbirannya melancarkan operasi pengangkutan bantuan udara ke kawasan terjejas dengan sokongan tentera.

Sementara itu, kakitangan Suruhanjaya Elektrik Persekutuan bertungkus lumus cuba memulihkan bekalan elektrik dan telekomunikasi di rantau itu. - Bernama-Xinhua


Seorang lelaki berjalan di pasar raya yang terjejas akibat Taufan Otis di Acapulco. - Foto AFP
Seorang lelaki berjalan di pasar raya yang terjejas akibat Taufan Otis di Acapulco. - Foto AFP

Artikel Berkaitan: