Messi dalam senarai calon Anugerah MLS

Messi. - Foto AFP
Messi. - Foto AFP
A
A
A

BINTANG sensasi, Lionel Messi disenaraikan dalam finalis Anugerah Tahunan Liga Bolasepak Utama (MLS) 2023 bagi kategori pendatang baharu.

Nama kapten Argentina itu yang mewakili Inter Miami dilaporkan berada dalam senarai teratas.

Pemain muda berusia 22 tahun, Thiago Almada pula adalah finalis bagi anugerah MVP Landon Donovan serta Pemain Muda Terbaik MLS.

Almada yang menyarung jersi Atlanta United meledak 11 gol dan 19 umpanan jaringan - tertinggi dalam liga.

Messi membuat penampilan sulung dalam kancah MLS musim ini.

MLS memaklumkan pendatang baharu ditafsir sebagai pemain yang mempunyai pengalaman profesional sebelum ini dan membuat penampilan sulung MLS pada musim 2023.

Pemenang anugerah akan diumumkan sepanjang pertandingan playoff Piala MLS 2023.

Senarai finalis diputuskan menerusi pengundian oleh pemain pasukan utama MLS, kelab MLS (jurulatih dan pengarah teknikal atau pengurus besar) dan wakil media terpilih.

Artikel Berkaitan: