Tukang kebun maut rempuh treler parkir di bahu jalan

Seorang tukang kebun maut selepas motosikal yang ditungganginya merempuh belakang treler yang diparkir di bahu jalan dalam kejadian di Kilometer (KM) 5, Jalan Cukai – Air Putih di sini. - Foto ihsan pembaca. Gambar kecil: Muhammad Shah Iqbal
Seorang tukang kebun maut selepas motosikal yang ditungganginya merempuh belakang treler yang diparkir di bahu jalan dalam kejadian di Kilometer (KM) 5, Jalan Cukai – Air Putih di sini. - Foto ihsan pembaca. Gambar kecil: Muhammad Shah Iqbal
A
A
A

KEMAMAN - Seorang tukang kebun maut selepas motosikal yang ditungganginya merempuh belakang treler yang diparkir di bahu jalan dalam kejadian di Kilometer (KM) 5, Jalan Cukai – Air Putih di sini tengah malam Jumaat.

Kejadian berlaku kira-kira jam 12.10 tengah malam itu menyebabkan mangsa, Muhammad Shah Iqbal Abd Rashid, 21, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika treler itu diparkir menghala ke Cukai sementara mangsa dari arah sebuah stesen minyak menghala ke Taman Seroja Binjai.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian mangsa tiba-tiba terlanggar bahagian belakang sebelah kanan treler yang diparkir di bahu kiri jalan.

"Ekoran pelanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.

Menurut Hanyan, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

"Pemandu treler berusia 54 tahun telah ditahan dan akan direman pagi ini (Jumaat) untuk siasatan lanjut, " katanya.

Artikel Berkaitan: