Hishammuddin tegur menteri tak minat dengan Belanjawan 2024

Hishammuddin Tun Hussein
Hishammuddin Tun Hussein
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegur menteri-menteri dalam Kerajaan Perpaduan yang disifatkan tidak berminat dengan Belanjawan 2024.

Malah Ahli Parlimen Sembrong itu berkata, mereka juga dilihat tiada tindakan segera atau 'sense of urgency’ dalam setiap perkara yang dibangkitkan.

“Hal ini membimbangkan kita sebagai ahli-ahli dewan yang mulia ini. Saya di sini bukan untuk menunding jari kepada sesiapa, tetapi hanya memberi pandangan supaya kerajaan mesti dilihat sebagai pihak yang mampu memberikan harapan dan sandaran kepada rakyat.

“Letaklah diri di tempat mereka, rasai kesusahan dan fikirkan kebimbangan mereka. Bukan sekadar formula semata-mata. Insya- ALLAH tindakan itu akan seiring dengan apa yang diperlukan dan diharapkan rakyat,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2024 di Dewan Rakyat pada Khamis.

Dalam pada itu beliau berpandangan, Malaysia tidak boleh sekadar memberikan rungutan kepada kerjasama antarabangsa yang disifatkan tidak berkesan.

Sehubungan itu, beliau berkata, kerajaan perlu mengambil pendekatan berbeza dengan meneroka inisiatif baharu diluar kotak untuk terus mendokong perjuangan Palestin ke peringkat lebih tinggi.

“Sebagai contoh, Malaysia melalui platform ASEAN boleh mengambil tindakan yang lebih berani dan proaktif. Malaysia adalah antara tiga negara utama Islam bersama Indonesia dan Brunei dalam kesatuan ASEAN yang mempunyai kekuatan hubungan serumpun, mewakili lebih 250 juta umat Islam.

“Ini representasi yang besar dan signifikan. Oleh demikian, saya percaya bahawa Malaysia perlu mengusahakan pendekatan baharu, di samping meneruskan usaha sedia ada,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: