Harvey Norman raikan ulang tahun ke-20 di Malaysia

Simon Fellows (tiga dari kiri) dan Kennet Aruldoss (empat dari kiri) bersama tetamu yang hadir pada majlis sambutan ulang tahun ke-20 Harvey Norman yang diadakan di kediaman rasmi Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, di Kuala Lumpur.
Simon Fellows (tiga dari kiri) dan Kennet Aruldoss (empat dari kiri) bersama tetamu yang hadir pada majlis sambutan ulang tahun ke-20 Harvey Norman yang diadakan di kediaman rasmi Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, di Kuala Lumpur.
A
A
A

JENAMA produk kelengkapan rumah terkemuka, Harvey Norman menyambut ulang tahun ke-20 di Malaysia dalam satu majlis, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Jenama yang berasal dari Australia itu meraikan perjalanan dua dekad di negara ini, telah membawakan pengalaman beli-belah rangkaian peralatan elektrik, teknologi maklumat dan peranti mudah alih, perabot dan produk kelengkapan bilik tidur.

Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Simon Fellows berkata, sambutan ulang tahun itu menjadi bukti kehadiran dan pengembangan Harvey Norman yang meluas di Malaysia dan mencerminkan hubungan kukuh jenama tersebut dengan Australia.

"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Harvey Norman atas ulang tahunnya yang ke-20 di Malaysia. Harvey Norman ialah jenama Australia yang ikonik dan kedainya boleh ditemui di bandar besar dan kecil di seluruh Australia memberikan sumbangan besar kepada ekonomi tempatan seperti mana yang mereka lakukan di Malaysia.

“Terdapat beberapa jenama Australia yang digemari ramai di pusat beli-belah di seluruh Malaysia dan ini merupakan contoh hubungan dagangan dan perniagaan kami yang kukuh yang terus berkembang.

“Francais Malaysia juga boleh didapati di Australia, dan kami terus melihat perniagaan dari Malaysia melabur di dalam ekonomi kami,” kata Simon Fellows.

Beliau berkata, Harvey Norman telah membantu keluarga Malaysia untuk melengkapkan kediaman mereka dan warga kerja profesional serta perniagaan untuk melengkapkan pejabat mereka di sepanjang 20 tahun ini.

“Australia berbangga dengan hubungan perniagaannya yang kukuh dengan Malaysia dan pendekatan inovatif untuk penjualan. Memandangkan Harvey Norman dan syarikat Australia yang lain terus mengembangkan kehadiran mereka di Malaysia, kami menjangkakan lebih banyak produk rekaan dan buatan Australia yang akan menyempurnakan lebih banyak lagi kediaman di Malaysia,” kata Simon Fellows.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Pengarah Urusan Harvey Norman Asia, Kenneth Aruldoss berkata, sambutan itu memberi fokus kepada komitmen Harvey Norman untuk menawarkan pelbagai produk terkemuka dan pengalaman membeli-belah pelbagai saluran, dalam talian dan luar talian yang lancar untuk warga Malaysia.

“Dalam piagam kami untuk menjadikan ‘Kediaman Anda, Kini Lebih Dekat', kami meneruskan usaha untuk menjadi teman yang boleh dipercayai dalam mewujudkan persekitaran kediaman yang sempurna di Malaysia.

“Pengembangan berterusan Harvey Norman kepada 80 kedai di Malaysia menjelang akhir tahun 2028 bukan sahaja bakal memajukan ekonomi Malaysia melalui pelaburan kami di negara ini tetapi juga akan meningkatkan peluang pekerjaan. Ia juga akan menyumbang kepada pendapatan negara dan secara keseluruhannya akan meningkatkan kemakmuran negara ini,” tambah Kenneth Aruldoss.

Harvey Norman juga komited untuk menawarkan akses yang mudah kepada para pelanggan melalui kepelbagaian perkhidmatan seperti pertukaran produk dan pilihan pembayaran yang mudah.

Ini termasuk pembayaran yang fleksibel dengan pilihan seperti ansuran faedah sehingga 36 bulan bagi semua kad kredit bank utama.

Bagi yang bukan pemegang kad kredit pula, terdapat pelbagai perkhidmatan lain yang tersedia seperti AEON Credit, pembayaran e-dompet (cth. GrabPay, Boost) dan pilihan Beli Sekarang Bayar Kemudian (BNPL) (cth. LatitudePay).