Israel bengang PBB sokong Hamas

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres. - Foto AFP
Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres. - Foto AFP
A
A
A

TEL AVIV - Isreal yang bengang dengan kenyataan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres mengenai konflik antara Hamas-Palestin telah menuntut beliau meletakkan jawatan.

Dalam sesi Majlis Keselamatan pada Selasa, Guterres mengecam tindakan kumpulan Hamas yang menculik penduduk Israel dan menggesa mereka membebaskan semua tahanan itu.

Pada masa sama, Guterres mengecam Israel yang selama ini menyeksa dan membunuh penduduk Palestin dalam tempoh sangat lama.

"Adalah penting untuk mengiktiraf serangan Hamas yang tidak pernah berlaku paling lama dalam tempoh ini.

"Rakyat Palestin telah mengalami penderitaan dijajah selama 56 tahun dan dianggap paling memeritkan," katanya.

Susulan kenyataan itu, Menteri Luar Israel, Eli Cohen mengkritik kenyataan Guterres dan beliau memberitahu pemberita bahawa dia telah membatalkan pertemuan dengan ketua PBB yang dijadualkan pada hari Selasa.

Duta Israel ke PBB Gilad Erdan, yang bersama Cohen pada sidang akhbar itu berkata, Guterres menyatakan pemahaman dan justifikasi untuk 'keganasan'.

Erdan menambah, beliau menggesa Guterres meletakkan jawatan dan memohon maaf serta-merta. - Agensi

Artikel Berkaitan: