Israel cabul Konvensyen Geneva - Dr Zaliha

Dr Zaliha Mustafa - Foto Bernama
Dr Zaliha Mustafa - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Tindakan rejim Israel yang melakukan serangan udara ke atas Hospital Arab al-Ahli di Gaza, Palestin telah mencabul Konvensyen Geneva.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, beliau menyelar serangan itu dan mahu semua rakyat Malaysia bersolidariti bersama rakyat Palestin.

“Saya menyelar sekeras-kerasnya serangan rejim Israel terhadap Hospital Arab al-Ahli di Gaza, Palestin. Tindakan ini dengan jelas mencabul Konvensyen Geneva.

“Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersolidariti bersama-sama dengan rakyat Palestin,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Rabu.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, Diplomat tertinggi Kesatuan Eropah (EU) berkata tindakan Israel mengenakan sekatan penuh dan meneruskan pengeboman di Genting Gaza sebagai melanggar Konvensyen Geneva.

Ketua Dasar Luar EU, Josep Borrell turut menegaskan bahawa hak mempertahankan diri perlu dilakukan mengikut undang-undang antarabangsa bukannya menyerang kawasan penempatan awam secara membabi buta.

Rejim Zionis sebelum ini mempertahankan tindakannya membedil kawasan awam di Genting Gaza yang dikepung sebagai hak mempertahankan diri selepas Hamas melancarkan serangan mengejut digelar Operasi Banjir al-Aqsa pada Sabtu lalu.

Artikel Berkaitan: