Anwar gesa Dong Zong batal persidangan anti jawi

ANWAR
ANWAR
A
A
A

SHAH ALAM - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) agar tidak meneruskan persidangan 'anti Jawi' dijangka diadakan Sabtu ini kerana dikhuatiri akan meningkatkan suhu politik dan kaum di negara ini.

Ahli Parlimen Port Dickson itu turut menggesa semua pihak termasuk Dong Zong supaya kembali ke ruang dialog.

"Penganjuran sidang anti jawi akan mengundang reaksi sidang pro jawi. Perlu diingati bahawa tulisan jawi merupakan sebahagian dari khazanah budaya bangsa dan negara.

"Bahasa Melayu yang kini bahasa kebangsaan mula ditulis dalam huruf Arab yang diubahsuai kepada tulisan jawi.

"Ikhtiar tersebut perlu dilihat sebagai antara langkah menyemarakkan kesedaran lintas budaya. Malaysia kekal sebagai negara pelbagai kaum dan budaya dan kita harus berbangga dan menghormati kepelbagaiannya," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, Dong Zong dan Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) yang secara gabungannya dikenali Dong Jiao Zong mengumumkan akan mengadakan persidangan pertubuhan Cina pada Sabtu ini untuk membantah pelajaran pengenalan kepada tulisan jawi di sekolah vernakular.

Artikel Berkaitan: