JDT buru keputusan positif di Korea Selatan

Solari pada sidang media menjelang aksi berdepan Ulsan Hyundai. - Foto Facebook Johor Southern Tigers
Solari pada sidang media menjelang aksi berdepan Ulsan Hyundai. - Foto Facebook Johor Southern Tigers
A
A
A

KEPUTUSAN positif dari Stadium Bolasepak Munsu, laman Ulsan Hyundai dalam aksi Kumpulan I Liga Juara-Juara Asia (ACL) hari ini, begitu penting buat Johor Darul Ta'zim (JDT) bagi pemburuan slot ke pusingan 16 terbaik.

Malah, pengendali JDT, Esteban Solari menyifatkan perlawanan menentang kelab dari Korea Selatan, Ulsan Hyundai itu berbeza berbanding saingan musim lalu.

Katanya, saingan musim lalu diadakan secara berpusat di Malaysia berikutan impak Covid-19 sekaligus menyaksikan cabaran buat JDT apabila perlu bertandang ke laman lawan berdepan anak buah Hong Myung-bo.

"Ulsan difahamkan membawa masuk beberapa pemain muka baharu, yang pastinya akan tampil corak permainan berbeza.

"Bagi saingan musim ini, kami membuat persiapan rapi sejak 10 bulan lalu termasuk aksi menentang kelab dari Korea Selatan.

"Kami sudah bersedia berdepan Ulsan secara psikologi dan fizikal, malah pemain juga tidak berdepan masalah untuk beraksi selain dengan kekuatan mental bagi perlawanan ini.

"Ulsan dibarisi pemain berkualiti dan bakal menjanjikan aksi berintensiti tinggi serta peluang terbaik buat kami beraksi dengan kualiti permainan yang baik bagi mengimbangi kekuatan lawan," ujarnya pada Isnin.

JDT kini berada di kedudukan kedua Kumpulan I selepas mengutip tiga mata hasil kemenangan 4-2 ke atas BG Pathum United (Thailand) dan" kekalahan 0-1 kepada Kawasaki Frontale (Jepun).

Artikel Berkaitan:

Pengendali kelahiran Argentina itu juga mengakui dia menggalas cabaran besar bagi memastikan kuasa bola sepak negara tersebut tidak hanya gah saingan domestik tetapi juga menyerlah peringkat antarabangsa.

"Jadi pentas Liga Juara-Juara Asia adalah medan terbaik JDT, hormati lawan, pamer kualiti dan berikan aksi terbaik berdepan lawan berkualiti.

"Kami juga mahu pamer karakter seperti ketika menentang BG Pathum dan saya optimis pasukan ini mampu lakar keputusan positif kedua," ujarnya.