Selangor Angels buru lebih banyak kemenangan

Antara aksi pemain Selangor Angels (kanan) ketika menentang Negeri Sembilan Venom.
Antara aksi pemain Selangor Angels (kanan) ketika menentang Negeri Sembilan Venom.
A
A
A

SELANGOR Angels berjaya meraih kemenangan kedua apabila menjinakkan Negeri Sembilan Venom 41-36 dalam aksi Liga Super Bola Jaring (NSL) 2023 di Stadium Juara, Bukit Kiara pada Ahad.

Pengurus Selangor Angels, Azlin Kamsah berkata, para pemain menunjukkan permainan berkualiti tinggi walaupun diberikan tentangan sengit oleh pasukan lawan sebelum dapat meraih kemenangan berharga itu.

Menurutnya, Selangor Angels mahu terus konsisten melakar kemenangan sekali gus memberikan cabaran dalam saingan NSL kali.

"Pada suku pertama dan kedua memang kita agak lambat panas sikit. Tetapi, apabila masuk suku ketiga sudah mula dapat rentak dan menguasai permainan.

"Kita memang mengharapkan rentak kemenangan ini diteruskan dan kalau tewas sekali pun tidaklah dengan jarak gol yang jauh.

"Pasukan Selangor Angels akan terus memberikan cabaran kepada pasukan lain dalam NSL kali ini," katanya kepada Sukan Sinar pada Ahad.

No Image Caption

Dalam pada itu, Azlin turut menegaskan ketiadaan pemain import dalam pasukan tidak menjejaskan kemampuan pasukan selain percaya dengan kemampuan yang dimiliki pemain tempatan.

Artikel Berkaitan:

"Kita memang tiada pemain import dan percaya kepada pemain yang kita miliki ini.

"Sebenarnya, kita juga mempunyai masa yang terhad untuk berlatih dan terus menyertai kejohanan ini.

"Kita sendiri faham dan tahu tanpa (ambil) import, pemain, jurulatih dan pengurusan berusaha juga sedaya upaya untuk memberikan cabaran dan dapatkan kemenangan seperti yang kita peroleh hari ini walaupun kita tahu Negeri Sembilan Venom juga ada pemain import," katanya.

Selepas ini, Selangor Angels akan berdepan tugas berat apabila berdepan juara bertahan, Johor Jewels dan Terengganu Marvels pada minggu depan.

Sementara itu, aksi lain NSL pada Ahad menyaksikan Putrajaya Dynamites menang selesa ke atas Pahang Tulips 70-37, manakala Kl Wildcats terus cemerlang melakar kemenangan kelima apabila menewaskan Perak Phoenix 50-42.