Pelakon Amerul Affendi turut sertai Himpunan Freedom For Palestine

Amerul hadir sertai himpunan Freedom For Palestine di Dataran Merdeka pada Ahad.
Amerul hadir sertai himpunan Freedom For Palestine di Dataran Merdeka pada Ahad.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Himpunan Freedom For Palestine di Dataran Merdeka, di sini pada Ahad membuktikan usaha rakyat Malaysia yang berpendirian bersolidariti untuk rakyat Palestin.

Pelakon, Amerul Affendi berkata, tindakan turun ke jalan bersolidariti bagi memberitahu negara-negara lain agar bertindak melakukan sesuatu untuk Palestin.

"Kita juga turun untuk beritahu pendirian kita bersama dengan rakyat Palestin dalam pertahan tanah mereka yang dijarah oleh rejim Israel. Itu apa yang kita mahukan.

"Kita mahu pemimpin dunia ambil tindakan tegas, usah tunduk dengan mereka (Israel),. Apa yang berlaku sekarang ini (himpunan) dapat mengubah apa yang berlaku di Palestin," katanya ketika Sinar Harian di sini pada Ahad.

Pemenang kategori Pelakon Lelaki Terbaik sempena penganjuran Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur (AMPFKL) 2021/2022 itu turut mempersoalkan peranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

"PBB ini boneka siapa? Baru kita tahu dia (PBB) tidak mampu buat apa-apa.

"Baru kita nampak negara mana sokong Israel dengan nyata tanpa segan biarkan jenayah perang di Palestin," jelasnya.

Dalam pada itu, Amerul turut menyokong tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang terus lantang bersuara menentang kekejaman rejim Israel.

Artikel Berkaitan:

"Tun sentiasa bersuara mengenai isu ini. Saya 'respect' beliau yang tetap mengutuk keras Israel," katanya.