Lebih 1,600 kanak-kanak Palestin maut akibat serangan Israel

Kakitangan Hospital Eropah Gaza mengkafankan jenazah kanak-kanak Gaza yang maut dalam serangan udara Israel di Khan Younis. - AFP
Kakitangan Hospital Eropah Gaza mengkafankan jenazah kanak-kanak Gaza yang maut dalam serangan udara Israel di Khan Younis. - AFP
A
A
A

RAMALLAH - Sekurang-kurangnya 1,661 kanak-kanak terkorban akibat kekejaman Israel sejak pertempuran terkini meletus pada 7 Oktober, menurut kenyataan Defence for Children International - Palestine (DCIP) pada Sabtu.

Dalam tempoh yang sama, seramai 27 kanak-kanak dibunuh tentera Israel di Tebing Barat, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

DCIP berkata jumlah kematian membabitkan kanak-kanak mungkin meningkat, susulan terdapat 1,400 mangsa masih hilang.

Kanak-kanak Palestin yang terselamat dalam siri pengeboman di seluruh Gaza kini mengalami krisis kemanusiaan yang teruk.

"Menyaksikan kematian kanak-kanak lain memburukkan lagi pengalaman pahit mereka, meninggalkan parut yang amat memilukan dalam jiwa kanak-kanak ini. Apatah lagi, kehilangan anggota keluarga dalam sekelip mata.

"Kanak-kanak yang sebelum ini merasa selamat dan selesa dalam dakapan keluarga kini menjadi yatim piatu,” menurut pertubuhan itu. - Bernama.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!