Salah 'luar biasa'

Mohamed Salah. Foto: EPA
Mohamed Salah. Foto: EPA
A
A
A

PENGURUS Liverpool, Juergen Klopp memuji Mohamed Salah selepas menjaringkan dua gol dalam kemenangan 2-0 ke atas Everton yang beraksi dengan 10 pemain di Anfield pada Sabtu.

Salah memecah kebuntuan dengan sepakan penalti pada minit ke-75 dan kemudian menjaringkan gol sekali lagi dalam masa tambahan sekali gus mengumpul 201 gol peribadinya untuk Liverpool dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

“Apa yang saya suka tentang Mo, sudah tentu jumlah jaringan Mo Salah. Tetapi, apa yang paling saya suka ialah saya fikir Mo Salah telah bermain dalam jumlah yang luar biasa dan dengan permainan yang hebat — hari ini bukanlah permainan terbaiknya.

“Kami memerlukan seseorang yang membawa bola melepasi garisan gol. Dia sentiasa melakukannya dan ia benar-benar luar biasa.

"Dia tidak akan pernah berhenti. Itulah sifatnya dan itu sangat bagus untuk kami," katanya.

Dalam perlawanan itu, Klopp turut menarik nafas lega apabila pertahanan tengah, Ibrahima Konate terlepas dari layangan kad kuning kedua apabila menjatuhkan penyerang Everton Beto dan turut mengundang kemarahan pengurus Everton Sean Dyche berpendapat pasukan tuan rumah sepatutnya bermain dengan 10 pemain.

Everton tidak begitu bernasib baik apabila kehilangan Ashley Young yang dilayangkan kad merah pada separuh masa pertama.

“Ibrahima, boleh dilayangkan kad kuning kedua. Apabila dia tidak mendapat kad kuning kedua saya fikir okey, kami tidak memberi peluang dan mengeluarkannya.

Artikel Berkaitan:

“Apa yang penting hari ini ialah kami tidak kecewa pada separuh masa kedua dengan fakta bahawa kami belum menjaringkan gol dan saya fikir kami melakukannya dengan sangat baik," kata Klopp.

Kemenangan itu adalah yang pertama untuk Liverpool dalam tiga perlawanan EPL selepas mereka tewas 1-2 di Tottenham Hotspur dan seri 2-2 dengan Brighton & Hove Albion.