Polis reman dua individu salah guna identiti kerabat diraja Kelantan

Polis sedang mengesan Khairul Khuzaini bagi membantu siasatan kes penipuan pelaburan.
Polis sedang mengesan Khairul Khuzaini bagi membantu siasatan kes penipuan pelaburan.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang lelaki yang juga pemilik sebuah syarikat dan seorang pekerja kedai emas direman bagi membantu siasatan kes penyalahgunaan identiti kerabat diraja Kelantan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rosdi Daud berkata, kedua-dua individu itu masing-masing berusia 42 dan 46 tahun direman selama tiga hari bermula Sabtu.

Rosdi memberitahu, polis menerima laporan pada Isnin lepas mengenai penyalahgunaan identiti kerabat diraja Kelantan bagi iklan pelaburan emas.

"Bertindak atas laporan itu, dua individu ditahan pada jam 4 petang Jumaat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan/511 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, suspek disyaki menggunakan gambar kerabat diraja yang bertujuan mempengaruhi pelanggan dalam urusan perniagaan emas mereka.

Bagaimanapun Rosdi berkata, pihak istana mengesahkan tidak terlibat dalam sebarang urusan dengan individu tersebut.

Sementara itu dalam kenyataan sama, Rosdi memaklumkan, polis sedang mengesan seorang lelaki, Khairul Khuzaini Zamsani, 28, bagi membantu siasatan membabitkan kes tipu dan pengubahan wang haram.

Beliau menjelaskan, kes berkenaan boleh didakwa di bawah Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Dari Aktiviti Haram 2001.

Artikel Berkaitan:

Tambah beliau, hasil risikan mendapati individu terbabit dipercayai menjalankan aktiviti pelaburan yang meragukan serta menjurus kepada penipuan terhadap orang ramai.

"Polis memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan suspek menyalurkannya kepada Pegawai Penyiasat Inspektor Muhd Eran Mustapha Amir Shariffudin di talian 012-3011852 atau 09-7752200," katanya.