Pelbagai tuduhan tidak berasas punca Sanusi berkelakuan kasar

Sanusi menyampaikan ucapan semasa acara Pidato Empat Menteri Besar iaitu Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah di Ideal Convention Centre (IDCC) sempena Muktamar Tahunan Pas kali ke-69 pada malam Jumaat.
Sanusi menyampaikan ucapan semasa acara Pidato Empat Menteri Besar iaitu Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah di Ideal Convention Centre (IDCC) sempena Muktamar Tahunan Pas kali ke-69 pada malam Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa punca beliau berkelakuan kasar dalam setiap ceramahnya adalah disebabkan tuduhan-tuduhan tidak berasas dilakukan ahli Parlimen kerajaan.

Dakwa beliau, semuanya berpunca daripada pembohongan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pembatalan projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) yang dikatakan berpunca daripada kontraktor tarik diri dan tidak sesuai.

“Kontraktor bagi projek KXP itu merupakan lantikan oleh kerajaan negeri dan bukannya syarikat itu menawarkan diri.

“Projek tersebut diusahakan selama sembilan tahun dan menelan kos sebanyak RM27 juta untuk mengemukakannya.

“Bagaimanapun, apabila ‘Papanon’ (Anwar) mengumumkan kontraktor tarik diri, ia menyebabkan segala memorandum persefahaman (MoU) lari dan mengakibatkan pembaziran kos,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu berlangsung acara Pidato Empat Menteri Besar iaitu Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah di Ideal Convention Centre (IDCC) sempena Muktamar Tahunan Pas kali ke-69 pada malam Jumaat.

Dalam pada itu, Muhammad Sanusi mendakwa kejatuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) adalah disebabkan kegagalan Ahli Parlimen Tambun itu dalam mentadbir negara.

"Sejak Anwar mentadbir negara, beliau banyak melakukan perkara ditentang oleh pentadbiran kerajaan terdahulu," dakwanya.

Artikel Berkaitan:

Pada masa sama, beliau turut menyelar kenyataan Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer yang mendakwa Anwar enggan bertemu dengannya disebabkan sering mengeluarkan kata-kata cacian.

“Jelutong kata PM (Perdana Menteri) tak mahu jumpa Menteri Besar Kedah sebab selalu caci PM.

“Ini bukan cacian tetapi saya hanya beri hujah perkara yang dia lawan dahulu, kini dia buat,” katanya.

Ahmad Samsuri menyampaikan ucapan semasa acara Pidato Empat Menteri Besar iaitu Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah di Ideal Convention Centre (IDCC) sempena Muktamar Tahunan Pas kali ke-69 pada malam Jumaat.
Ahmad Samsuri menyampaikan ucapan semasa acara Pidato Empat Menteri Besar iaitu Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah di Ideal Convention Centre (IDCC) sempena Muktamar Tahunan Pas kali ke-69 pada malam Jumaat.

Sementara itu, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menggesa kerajaan untuk melaksanakan perancangan teliti yang melibatkan kehidupan rakyat.

Beliau berkata, apabila diberi mandat oleh rakyat untuk menjadi memerintah negara, kerajaan kini perlu memahami masalah rakyat yang sebenar.

“Kerajaan pusat perlu buat perancangan bukannya ‘terbang’ ke sana sini tetapi tidak menyelesaikan masalah yang membelenggu rakyat.

“Mereka (kerajaan) perlu duduk dan perhati masalah yang dihadapi bukan sekadar melihat sahaja,” katanya.