Gred D untuk Onana

Onana
Onana
A
A
A

BEKAS bintang Aston Villa, Gabby Agbonlahor menyifatkan pembelian penjaga gol, Andre Onana sebagai satu kegagalan kepada The Red Devils.

Menurut Agbonlahor, Onana masih gagal menunjukkan impak yang diharapkan selepas dibeli oleh United untuk merevolusikan kelab itu.

Sebaliknya, penjaga gol itu kelihatan agak gementar pada masa tertentu dan kesilapan yang dilakukannya menyebabkan dia kelihatan semakin kurang yakin dalam perlawanan musim ini.

Malah, Agbonlahor yang kini menjadi pengkritik bola sepak memberikan gred D kepada Onana selepas aksinya dalam beberapa perlawanan untuk United.

"Onana, saya akan memberinya gred D. Dia terlalu bersahaja dan santai.

"Dia juga tidak berupaya untuk menyelamatkan bola yang sepatutnya dia boleh selamatkan.

“Tetapi, saya fikir dia akan menjadi lebih baik di Manchester United pada masa akan datang," katanya kepada Talksports.

Onana memenangi tiga gelaran Eredivisie dan dua Piala Belanda KNVB bersama Ajax sebelum menyertai Inter Milan pada 2022 dan kemudiannya menyertai United.

Artikel Berkaitan:

Musim lalu, penjaga gol Cameroon itu membantu Inter merangkul Coppa Italia dan mencatat rekod 'clean sheet' terbanyak dalam Liga Juara-Juara UEFA.