Bayar tip, GRO dipakai gelang

Beberapa utas gelang magnet yang dipercayai diguna sebagai tip kepada GRO dirampas dalam serbuan di pusat hiburan di Jalan Kuchai Maju 11, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Beberapa utas gelang magnet yang dipercayai diguna sebagai tip kepada GRO dirampas dalam serbuan di pusat hiburan di Jalan Kuchai Maju 11, Kuala Lumpur pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tiada kalungan bunga mahu pun selempang, sebuah pusat hiburan di Jalan Kuchai Maju 11, di sini beralih menggunakan gelang magnet mengikut warna sebagai tip kepada gadis pelayan pelanggan (GRO) yang dipilih.

Difahamkan, warna lampu pada gelang ialah harga yang diberi kepada GRO oleh pelanggan.

Sinar Harian yang mengikuti operasi Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman pada Jumaat itu difahamkan tip yang diperoleh GRO serendah RM100 untuk layanan minum dan karaoke.

Pegawai D3 Atipsom Bukit Aman menjalankan pemeriksaan ke atas wanita warga asing yang ditahan di sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur pada Jumaat.
Pegawai D3 Atipsom Bukit Aman menjalankan pemeriksaan ke atas wanita warga asing yang ditahan di sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur pada Jumaat.

Seorang wanita tempatan yang dipercayai berperanan sebagai 'mummy' kepada GRO terbabit bagaimanapun enggan mengaku penglibatannya ketika soal siasat awal.

"Saya datang sini baru tiga kali dan saya tak tahu. Betul cik, saya datang dengan kawan, saya bukan mummy," katanya.

Bagaimanapun, risikan yang dibuat pihak polis mendapati wanita itu dipercayai 'mummy' kerana dia akan menyediakan gelang-gelang terbabit.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah D3 Atipsom, JSJ Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, Op Pintas Pusat Hiburan kira-kira jam 12.30 tengah malam itu dijalankan dengan kerjasama Majlis Antipemerdagangan Orang Dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) dan Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) JSJ Bukit Aman.

Artikel Berkaitan:

Pegawai D3 Atipsom Bukit Aman menjalankan pemeriksaan ke atas wanita warga asing yang ditahan di sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur pada Jumaat.
Pegawai D3 Atipsom Bukit Aman menjalankan pemeriksaan ke atas wanita warga asing yang ditahan di sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur pada Jumaat.

"Seramai 23 wanita warga asing disyaki GRO terdiri dua Indonesia dan Thailand (21) telah ditahan.

"Turut ditahan seorang wanita tempatan dipercayai berperanan sebagai 'mummy' selain dua lelaki tempatan dan tiga lelaki Bangladesh," katanya.

Beliau berkata, kesemua yang ditahan berusia 21 hingga 52 tahun.

Katanya, premis merupakan pusat hiburan pub dan karaoke dan dipercayai telah beroperasi lebih kurang dua bulan.

Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63, Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan.